Daripada lapisan nipis kayu veneer, BILLY kini menggunakan permukaan keras daripada filem kertas yang tahan lasak. Kerajang ini mempunyai corak cetakan berbeza yang menyerupai kayu asli dan bermakna kurang kayu diperlukan untuk menghasilkan setiap BILLY," kata Umut. Menggunakan bahan hanya di tempat yang diperlukan adalah cekap dari segi sumber. Dan ini membawa satu lagi perkara positif – BILLY kini lebih mampu milik.
Rak buku BILLY ialah ikon yang digemari dan tidak pernah lapuk ditelan zaman. Kerana adanya kepelbagaian, anda boleh menggunakannya dalam pelbagai cara di rumah – sama ada untuk menyimpan buku atau barangan harian.
Butiran produk
BILLY ialah rak buku yang serba guna yang berfungsi sebaik unit storan dan sesuai untuk digunakan dalam cara yang berbeza-beza di rumah.
Para-para cetek dan boleh laras ini membantu anda menyesuaikan BILLY anda dan membolehkan anda menggunakannya sesuka hati anda - daripada menyimpan barangan harian , barangan kenangan atau barangan lain yang anda kumpul.
BILLY ada reka bentuk yang ringkas dan abadi yang mudah diperibadikan dengan menambahkan kotak, pencahayaan dan barangan kegemaran anda.
Lebih peribadikan lagi BILLY anda dengan menambah pintu – membolehkan anda menyembunyi dan mempamerkan barang. Dengan cara ini, BILLY boleh berfungsi dengan cara baharu dan tampil dengan rupa berbeza mengikut gaya dan keperluan hidup anda.
Satu unit sahaja sudah mencukupi untuk ruang terhad – tetapi anda boleh menambah lebih banyak rak buku, unit sambungan dan rak tambahan untuk mencipta penyelesaian storan yang lebih besar jika keperluan anda berubah."
Ekspresi kayu dengan tekstur yang boleh disentuh memberikan suasana hangat dan semula jadi di rumah anda serta menambah sentuhan yang indah dan bertenaga pada ruang.
Panel belakang dipasang menggunakan klip tekan – menjadikan BILLY mudah dipasang dan dibuka, jadi anda boleh membawanya semasa berpindah tanpa perlu beli yang baharu.
Gillis Lundgren
Maklumat berguna
Perlu diingat bahawa anda memerlukan ruang yang mencukupi antara bahagian atas perabot dan siling untuk membolehkan produk ini dipasang dengan selamat pada dinding.
Termasuk 1 para kekal dan 4 para boleh laras.
Boleh dilengkapkan dengan pintu; terdapat berbagai warna dan reka bentuk.
Boleh dilengkapkan dengan para-para tambahan untuk menambahkan ruang storan.
Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Bahan asas/ Panel tepi:
- Papan partikel, Kerajang kertas, Tepi plastik, Tepi plastik
- Depan ketapak:
- Papan partikel, Kerajang kertas
- Belakang:
- Bod gentian, Cat, Kerajang kertas
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
BILLY Rak buku204.773.41Nasihat dan arahan penjagaan
BILLY Rak buku204.773.41Pengukuran
- Lebar: 80 cm
- Dalam: 28 cm
- Tinggi: 202 cm
- Beban maks./para-para: 30 kg
Bungkusan
BILLY
Nombor artikel204.773.41- Lebar: 29 cm
- Tinggi: 13 cm
- Panjang: 206 cm
- Berat: 40.00 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk BILLY

Wira storan yang diperbaharui
Rak buku BILLY telah menjadi kegemaran pelanggan selama lebih 40 tahun – tetapi khidmat setia yang lama juga perlu diperbaharui agar selari dengan perkembangan masa. Kami meneliti BILLY dengan lebih dekat dan menghasilkan beberapa idea. Salah satunya bermaksud penggunaan bahan yang lebih cekap, manakala satu lagi menjadikan rak buku lebih mudah untuk dipasang dan dibuka.
BILLY diperkenalkan pada tahun 1979 dan telah membantu berjuta-juta orang mengatur buku serta barangan lain di rumah. Tetapi dunia telah banyak berubah sejak itu, dan walaupun produk laris perlu menyesuaikan diri dengan permintaan serta cara hidup yang baru," kata Umut Ates, salah seorang rakan sekerja kami.
Kertas bermaksud penggunaan bahan mentah yang lebih bijak
Lebih mudah untuk dipasang dan dipisahkan.
BILLY sesuai digunakan di ruang tamu mahupun di bahagian lain dalam rumah – pejabat, ruang makan atau perpustakaan. Ia mudah untuk dikembangkan dan digabungkan dengan perabot lain. Namun satu perkara yang berpotensi untuk diperbaiki ialah cara rak buku dipasang dan dipisahkan. Sebelum ini, anda perlu memaku kira-kira 50 paku kecil untuk memasang panel belakang, tetapi itu adalah perkara lama sekarang. Sebaliknya, anda hanya perlu pasang panel belakang dengan cara 'snap-on' tanpa menggunakan sebarang alat," jelas Umut. Ia juga memudahkan pembongkaran BILLY tanpa merosakkannya sekiranya anda berpindah atau ingin menjual semula rak buku anda. "Penambahbaikan ini menjadikan BILLY lebih fleksibel – ia dapat menyesuaikan diri dengan perubahan situasi hidup – dan saya tidak akan terkejut jika wira storan ini masih popular 40 tahun akan datang seperti hari ini."
Bahan
Wira storan yang diperbaharui
Rak buku BILLY telah menjadi kegemaran pelanggan selama lebih 40 tahun – tetapi khidmat setia yang lama juga perlu diperbaharui agar selari dengan perkembangan masa. Kami meneliti secara lebih dekat dan menghasilkan beberapa idea. Salah satunya bermaksud penggunaan bahan yang lebih cekap, manakala satu lagi menjadikan rak buku lebih mudah untuk dipasang dan dibuka. Penambahbaikan mungkin sukar dilihat – kecuali pada tanda harga – yang kini menjadi lebih menyenangkan untuk dilihat.








