Langkau ke kandungan utama

BILLY / OXBERG Rak buku dengan pintu

Harga RM 224
BILLY / OXBERG Rak buku dengan pintu, putih, 40x30x106 cm
BILLY / OXBERG Rak buku dengan pintu
BILLY / OXBERG Rak buku dengan pintu

Bagaimana untuk mendapatkannya

BILLY ialah rak buku yang serba guna yang berfungsi sebaik unit storan dan sesuai untuk digunakan dalam cara yang berbeza-beza di rumah.

Nombor artikel694.836.23

Butiran produk

Para-para cetek dan boleh laras ini membantu anda menyesuaikan BILLY anda dan membolehkan anda menggunakannya sesuka hati anda - daripada menyimpan barangan harian , barangan kenangan atau barangan lain yang anda kumpul.

BILLY ada reka bentuk yang ringkas dan abadi yang mudah diperibadikan dengan menambahkan kotak, pencahayaan dan barangan kegemaran anda.

Ekspresi kayu dengan tekstur yang boleh disentuh memberikan suasana hangat dan semula jadi di rumah anda serta menambah sentuhan yang indah dan bertenaga pada ruang.

Panel belakang dipasang menggunakan klip tekan – menjadikan BILLY mudah dipasang dan dibuka, jadi anda boleh membawanya semasa berpindah tanpa perlu beli yang baharu.

Engsel boleh laras membolehkan anda melaraskan pintu secara menegak dan mendatar.

Nombor artikel694.836.23

Maklumat berguna

2 para-para boleh laras disertakan.

Bahan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.

Boleh dilengkapkan dengan para-para tambahan untuk menambahkan ruang storan.

Bahan dan penjagaan

Penjagaan

Rak buku

Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Keselamatan dan pematuhan

"Mesti dipasang pada dinding. Bahan binaan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Pengukuran

  • Lebar: 40 cm
  • Dalam: 30 cm
  • Tinggi: 106 cm
  • Beban maks./para-para: 14 kg

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 2

BILLY

Nombor artikel104.773.32
  • Lebar: 39 cm
  • Tinggi: 7 cm
  • Panjang: 108 cm
  • Berat: 14.35 kg
  • Bungkusan: 1

OXBERG

Nombor artikel904.773.66
  • Lebar: 40 cm
  • Tinggi: 3 cm
  • Panjang: 114 cm
  • Berat: 3.11 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.8Purata pengadaran
21Ulasan

Aksesori untuk BILLY / OXBERG

BILLY / OXBERG Rak buku dengan pintu

Wira storan yang diperbaharui

Rak buku BILLY telah menjadi kegemaran pelanggan selama lebih 40 tahun – tetapi khidmat setia yang lama juga perlu diperbaharui agar selari dengan perkembangan masa. Kami meneliti BILLY dengan lebih dekat dan menghasilkan beberapa idea. Salah satunya bermaksud penggunaan bahan yang lebih cekap, manakala satu lagi menjadikan rak buku lebih mudah untuk dipasang dan dibuka.

BILLY diperkenalkan pada tahun 1979 dan telah membantu berjuta-juta orang mengatur buku serta barangan lain di rumah. Tetapi dunia telah banyak berubah sejak itu, dan walaupun produk laris perlu menyesuaikan diri dengan permintaan serta cara hidup yang baru," kata Umut Ates, salah seorang rakan sekerja kami.

Kertas bermaksud penggunaan bahan mentah yang lebih bijak

Daripada lapisan nipis kayu veneer, BILLY kini menggunakan permukaan keras daripada filem kertas yang tahan lasak. Kerajang ini mempunyai corak cetakan berbeza yang menyerupai kayu asli dan bermakna kurang kayu diperlukan untuk menghasilkan setiap BILLY," kata Umut. Menggunakan bahan hanya di tempat yang diperlukan adalah cekap dari segi sumber. Dan ini membawa satu lagi perkara positif – BILLY kini lebih mampu milik.

Lebih mudah untuk dipasang dan dipisahkan.

BILLY sesuai digunakan di ruang tamu mahupun di bahagian lain dalam rumah – pejabat, ruang makan atau perpustakaan. Ia mudah untuk dikembangkan dan digabungkan dengan perabot lain. Namun satu perkara yang berpotensi untuk diperbaiki ialah cara rak buku dipasang dan dipisahkan. Sebelum ini, anda perlu memaku kira-kira 50 paku kecil untuk memasang panel belakang, tetapi itu adalah perkara lama sekarang. Sebaliknya, anda hanya perlu pasang panel belakang dengan cara 'snap-on' tanpa menggunakan sebarang alat," jelas Umut. Ia juga memudahkan pembongkaran BILLY tanpa merosakkannya sekiranya anda berpindah atau ingin menjual semula rak buku anda. "Penambahbaikan ini menjadikan BILLY lebih fleksibel – ia dapat menyesuaikan diri dengan perubahan situasi hidup – dan saya tidak akan terkejut jika wira storan ini masih popular 40 tahun akan datang seperti hari ini."

Baca lebih lanjut

Bahan

Wira storan yang diperbaharui

Rak buku BILLY telah menjadi kegemaran pelanggan selama lebih 40 tahun – tetapi khidmat setia yang lama juga perlu diperbaharui agar selari dengan perkembangan masa. Kami meneliti secara lebih dekat dan menghasilkan beberapa idea. Salah satunya bermaksud penggunaan bahan yang lebih cekap, manakala satu lagi menjadikan rak buku lebih mudah untuk dipasang dan dibuka. Penambahbaikan mungkin sukar dilihat – kecuali pada tanda harga – yang kini menjadi lebih menyenangkan untuk dilihat.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini