Langkau ke kandungan utama
Lebih mampu milik

BILLY / HÖGBO Rak buku dengan pintu kaca

Harga RM 579
Harga sebelumnya: RM629

Bagaimana untuk mendapatkannya

BILLY ialah rak buku yang serba guna yang berfungsi sebaik unit storan dan sesuai untuk digunakan dalam cara yang berbeza-beza di rumah.

Nombor artikel394.843.89

Butiran produk

Para-para cetek dan boleh laras ini membantu anda menyesuaikan BILLY anda dan membolehkan anda menggunakannya sesuka hati anda - daripada menyimpan barangan harian , barangan kenangan atau barangan lain yang anda kumpul.

BILLY ada reka bentuk yang ringkas dan abadi yang mudah diperibadikan dengan menambahkan kotak, pencahayaan dan barangan kegemaran anda.

Ekspresi kayu dengan tekstur yang boleh disentuh memberikan suasana hangat dan semula jadi di rumah anda serta menambah sentuhan yang indah dan bertenaga pada ruang.

Panel belakang dipasang menggunakan klip tekan – menjadikan BILLY mudah dipasang dan dibuka, jadi anda boleh membawanya semasa berpindah tanpa perlu beli yang baharu.

Engsel boleh laras membolehkan anda melaraskan pintu secara menegak dan mendatar.

Nombor artikel394.843.89

Maklumat berguna

Panel hitam/putih yang dipasang dibelakang kaca disertakan.

Termasuk 1 para kekal dan 4 para boleh laras.

Perlu diingat bahawa anda memerlukan ruang yang mencukupi antara bahagian atas perabot dan siling untuk membolehkan produk ini dipasang dengan selamat pada dinding.

Boleh dilengkapkan dengan unit menambah ketinggian BILLY untuk storan tambahan secara menegak.

Boleh dilengkapkan dengan para-para tambahan untuk menambahkan ruang storan.

Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.

Bahan dan penjagaan

Penjagaan

Rak buku

Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Pintu kaca

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Keselamatan dan pematuhan

AMARAN: Bahaya terbalik – bagi mengurangkan risiko perabot ini terbalik, ia mesti terpasang dengan kukuh. Gunakan skru dan palam yang sesuai untuk rumah anda. Jika anda kurang pasti, dapatkan nasihat profesional.

Pengukuran

  • Lebar: 80 cm
  • Dalam: 30 cm
  • Tinggi: 202 cm
  • Beban maks./para-para: 30 kg

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 3

BILLY

Nombor artikel204.773.41
  • Lebar: 29 cm
  • Tinggi: 13 cm
  • Panjang: 206 cm
  • Berat: 40.00 kg
  • Bungkusan: 1

HÖGBO

Nombor artikel005.302.50
  • Lebar: 40 cm
  • Tinggi: 3 cm
  • Panjang: 109 cm
  • Berat: 4.79 kg
  • Bungkusan: 2

Ulasan pelanggan

4.6Purata pengadaran
5Ulasan

Aksesori untuk BILLY / HÖGBO

Bahan

Wira storan yang diperbaharui

Rak buku BILLY telah menjadi kegemaran pelanggan selama lebih 40 tahun – tetapi khidmat setia yang lama juga perlu diperbaharui agar selari dengan perkembangan masa. Kami meneliti secara lebih dekat dan menghasilkan beberapa idea. Salah satunya bermaksud penggunaan bahan yang lebih cekap, manakala satu lagi menjadikan rak buku lebih mudah untuk dipasang dan dibuka. Penambahbaikan mungkin sukar dilihat – kecuali pada tanda harga – yang kini menjadi lebih menyenangkan untuk dilihat.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini