Bagaimana untuk mendapatkannya
Anda boleh duduk dengan selesa untuk masa yang lama. Sudut penyandar belakang menyediakan sokongan lumbar yang baik. Sudut penyandar digabungkan dengan kerusi empuk menjadikan bangku bar sesuai untuk makan malam yang panjang.
Butiran produk
Dengan tempat letak kaki untuk postur duduk yang merelakskan.
Sarung ini diperbuat daripada fabrik Gunnared pencelup dop daripada poliester. Ia fabrik tahan lama dengan rasa seakan-akan wul, rupa yang menenangkan dan kesan melange dua rona.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Sesuai dengan bangku bar BERGMUND.
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Fabrik belakang:
- Poliester 100 % (kitar semula 100%)
- Komposisi menyeluruh:
- Poliester 100 %
Penjagaan
Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Seterika, maksimum 150°C.
Pencucian kering profesional menggunakan tetrakloroetena dan hidrokarbon, proses biasa.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
BERGMUND Sarung utk bangku bar dgn p'yandar504.810.92Pengukuran
Bungkusan
BERGMUND
Nombor artikel504.810.92- Lebar: 18 cm
- Tinggi: 4 cm
- Panjang: 22 cm
- Berat: 0.31 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Bahan
Apakah poliester?
Poliester ialah bahan tahan lama, cepat kering dan penebat yang optimum yang digunakan untuk tekstil dan sebagai bahan isi bantal, kuilt dan perabot. Bahan ini diperbuat daripada minyak mentah – satu sumber yang terhad. Memandangkan IKEA tidak mahu menyumbang terhadap penggunaan lebih banyak minyak dara, kami kini secara beransur-ansur beralih kepada poliester kitar semula dan boleh dikesan daripada sumber seperti botol PET. Apa yang menariknya ialah poliester boleh dikitar semula berulang-ulang kali, tanpa mengubah atau kehilangan kualiti hebatnya.
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Semasa mereka bentuk kerusi BERGMUND, kami ingin menghasilkan tempat duduk untuk orang ramai, pada bila-bila masa sepanjang tahun. Dan kerana kehidupan berubah-ubah, begitu juga sarungnya - agar sesuai mengikut musim, majlis istimewa atau mood anda - pilihlah daripada pelbagai warna dan panjang. Satu-satunya perkara yang tidak berubah ialah keselesaan yang lembut dan empuk serta kaki yang berlengkok yang membolehkan sarung mudah membaluti rangka. Kami berharap kerusi-kerusi ini membolehkan anda dan rakan-rakan anda berehat dan sentiasa selesa lebih lama."


