Butiran produk
Bahagian bawah tempat duduk berbentuk mangkuk direka mengikut bentuk tulang duduk anda, sesuai untuk kebanyakan orang di seluruh dunia. Dengan teknik inovatif, kusyen tempat duduk dibentuk untuk memaksimumkan keselesaan anda.
Sarung ini diperbuat daripada fabrik Gunnared pencelup dop daripada poliester. Ia fabrik tahan lama dengan rasa seakan-akan wul, rupa yang menenangkan dan kesan melange dua rona.
Sarung kerusi didatangkan dalam satu helai dan kekal pada tempatnya dengan pengancing cangkuk dan gelung supaya anda boleh menanggalkan dan memasangkannya semula dengan mudah.
Selepas menikmati hidangan, anda berasa senang untuk mengetahui bahawa anda boleh dengan mudah menanggalkan sarung kerusi dan mencucinya dengan mesin.
Kaki kerusi diperbuat daripada kayu padu, bahan asli yang tahan lama.
IKEA of Sweden/K Hagberg/M Hagberg
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
Boleh diasingkan untuk pengitaran semula atau pemulihan tenaga sekiranya tersedia ada dalam komuniti anda.
Sarung yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.
- Kaki:
- Kayu padu, Cat akrilik
- Rangka tempat duduk:
- Keluli, Salutan epoksi
- Rangka penyandar:
- Keluli
- Panel sokongan:
- Plastik polietilena
- Kusyen penyandar/ Kusyen tempat duduk:
- 100% poliester
- Lapik/ pelapik kalis bara:
- Isi poliester
- Fabrik belakang:
- Poliester 100 % (kitar semula 100%)
- Komposisi menyeluruh:
- Poliester 100 %
Dibersihkan dengan mevakum.
Lap bersih menggunakan larutan sabun lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Kesan kotoran yang sedikit boleh ditanggalkan menggunakan pencuci tekstil atau span lembap atau larutan sabun lembut.
Untuk kualiti maksimum, ketatkan semula skru jika perlu.
Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Seterika, maksimum 150°C.
Pencucian kering profesional menggunakan tetrakloroetena dan hidrokarbon, proses biasa.
Kerusi ini telah diuji untuk kegunaan di rumah dan memenuhi keperluan untuk ketahanan dan keselamatan, yang ditetapkan dalam piawaian berikut: EN 12520 dan EN 1022.Sarung ada ketahanan warna pada paras 5 (kebolehan untuk menahan kelunturan warna) daripada skala 1 hingga 8. Menurut standard industri, ketahanan warna pada paras 4 atau lebih sesuai untuk kegunaan di rumah.Keupayaan sarung ini untuk tahan lelasan telah teruji untuk menangani 50,000 kitaran. 15,000 kitaran atau lebih sesuai untuk perabot yang digunakan setiap hari di rumah. Lebih 30,000 kitaran bermakna keupayaan baik untuk menahan lelasan.
Pengukuran
- Diuji untuk: 110 kg
- Lebar: 52 cm
- Dalam: 59 cm
- Tinggi: 96 cm
- Lebar tempat duduk: 52 cm
- Dalam tempat duduk: 41 cm
- Tinggi tempat duduk: 51 cm
Produk ini mengandungi pakej 2
Rangka kerusiNombor artikel204.519.06- Lebar: 50 cm
- Tinggi: 19 cm
- Panjang: 61 cm
- Berat: 8.15 kg
- Bungkusan: 1
Sarung kerusiNombor artikel904.810.52- Lebar: 18 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 22 cm
- Berat: 0.40 kg
- Bungkusan: 1