Butiran produk
Bahagian bawah tempat duduk berbentuk mangkuk direka mengikut bentuk tulang duduk anda, sesuai untuk kebanyakan orang di seluruh dunia. Dengan teknik inovatif, kusyen tempat duduk dibentuk untuk memaksimumkan keselesaan anda.
Sarung tahan lasak daripada kapas dan poliester ialah yarn yang dicelup bagi menghasilkan kesan dua rona yang menarik.
Sarung kerusi didatangkan dalam satu helai dan kekal pada tempatnya dengan pengancing cangkuk dan gelung supaya anda boleh menanggalkan dan memasangkannya semula dengan mudah.
Selepas menikmati hidangan, anda berasa senang untuk mengetahui bahawa anda boleh dengan mudah menanggalkan sarung kerusi dan mencucinya dengan mesin.
Kaki kerusi diperbuat daripada kayu padu, bahan asli yang tahan lama.
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
Boleh diasingkan untuk pengitaran semula atau pemulihan tenaga sekiranya tersedia ada dalam komuniti anda.
Sarung yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.
- Kaki:
- Kayu padu, Berwarna, Lakuer akrilik jernih
- Rangka tempat duduk:
- Keluli, Salutan epoksi
- Rangka penyandar:
- Keluli
- Panel sokongan:
- Plastik polietilena
- Kusyen penyandar/ Kusyen tempat duduk:
- 100% poliester
- Lapik/ pelapik kalis bara:
- Isi poliester
- Fabrik belakang/ Lapik:
- Poliester 100 % (kitar semula 100%)
- Sarung/ Fabrik:
- Poliester 65% (pengitaran semula min. 90%), 35% kapas
Dibersihkan dengan mevakum.
Lap bersih menggunakan larutan sabun lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Kesan kotoran yang sedikit boleh ditanggalkan menggunakan pencuci tekstil atau span lembap atau larutan sabun lembut.
Untuk kualiti maksimum, ketatkan semula skru jika perlu.
Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Seterika, maksimum 150°C.
Pencucian kering profesional menggunakan tetrakloroetena dan hidrokarbon, proses biasa.
Kerusi ini telah diuji untuk kegunaan di rumah dan memenuhi keperluan untuk ketahanan dan keselamatan, yang ditetapkan dalam piawaian berikut: EN 12520 dan EN 1022.Sarung ada ketahanan warna pada paras 5 (kebolehan untuk menahan kelunturan warna) daripada skala 1 hingga 8. Menurut standard industri, ketahanan warna pada paras 4 atau lebih sesuai untuk kegunaan di rumah.Keupayaan sarung ini untuk tahan lelasan telah teruji untuk menangani 20,000 kitaran. Fabrik yang tahan 15,000 kitaran atau lebih sesuai untuk perabot yang seharusnya tahan terhadap pengunaan harian di rumah.
Pengukuran
- Diuji untuk: 110 kg
- Lebar: 52 cm
- Dalam: 59 cm
- Tinggi: 95 cm
- Lebar tempat duduk: 52 cm
- Dalam tempat duduk: 41 cm
- Tinggi tempat duduk: 51 cm
Produk ini mengandungi pakej 2
Rangka kerusiNombor artikel904.519.55- Lebar: 50 cm
- Tinggi: 19 cm
- Panjang: 61 cm
- Berat: 8.15 kg
- Bungkusan: 1
Sarung kerusiNombor artikel504.862.02- Lebar: 18 cm
- Tinggi: 4 cm
- Panjang: 21 cm
- Berat: 0.43 kg
- Bungkusan: 1