Langkau ke kandungan utama
Lebih mampu milik

BERGMUND Bangku bar dengan penyandar

Harga RM 390
Harga sebelumnya: RM420
Bagi mengelakkan calar pada permukaan sensitif, lengkapkan dengan pelindung lantai lekat sendiri TRIXIG, dijual secara berasingan.
BERGMUND Bangku bar dengan penyandar, ketinggian kaunter kesan kayu oak/kelabu sederhana Gunnared, 62 cm
BERGMUND Bangku bar dengan penyandar
BERGMUND Bangku bar dengan penyandar
BERGMUND Bangku bar dengan penyandar

Bagaimana untuk mendapatkannya

Ciri-ciri produk
  • Diuji untuk: 110 kg
  • Sarung boleh dibasuh

Sarung bangku bar ini diperbuat daripada gentian poliester lurus dengan ruang kecil di antaranya – memberikan keanjalan yang selesa dan pengudaraan lebih baik supaya anda kekal pada suhu yang menyenangkan semasa duduk.

Nombor artikel093.846.64

Butiran produk

Bahagian bawah tempat duduk berbentuk mangkuk direka mengikut bentuk tulang duduk anda, sesuai untuk kebanyakan orang di seluruh dunia. Dengan teknik inovatif, kusyen tempat duduk dibentuk untuk memaksimumkan keselesaan anda.

Anda tentukan gaya kerusi anda. BERGMUND tersedia dengan kaki kerusi berwarna putih dan hitam, serta sarung khas dalam pelbagai model, warna dan bahan.

Kebersihan sarung mudah dijaga kerana ia boleh ditanggalkan dan dibasuh.

Sarung datang dalam satu keping dan dilekatkan dengan pengikat cangkuk-dan-gelung, jadi anda boleh mudah menanggalkannya dan memakainya semula.

Dengan tempat letak kaki untuk postur duduk yang merelakskan.

Pereka

IKEA of Sweden/K Hagberg/M Hagberg

Nombor artikel093.846.64

Maklumat berguna

Sesuai dengan ketinggian meja bar 101-106 cm.

Bagi mengelakkan calar pada permukaan sensitif, lengkapkan dengan pelindung lantai lekat sendiri TRIXIG, dijual secara berasingan.

Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.

Boleh diasingkan untuk pengitaran semula atau pemulihan tenaga sekiranya tersedia ada dalam komuniti anda.

Sarung yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.

Bahan dan penjagaan

Penjagaan

Rangka/BingkaiBangku bar dengan penyandar

Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Sarung boleh tanggalBangku bar dengan penyandar

Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.

Jangan gunakan bahan peluntur.

Jangan guna mesin pengering.

Seterika, maksimum 150°C.

Pencucian kering profesional menggunakan tetrakloroetena dan hidrokarbon, proses biasa.

Keselamatan dan pematuhan

Bangku bar ini telah diuji untuk kegunaan di rumah dan memenuhi keperluan bagi ketahanan dan keselamatan seperti yang dikemukakan dalam standard berikut: EN 12520 dan EN 1022.Sarung ada ketahanan warna pada paras 5 (kebolehan untuk menahan kelunturan warna) daripada skala 1 hingga 8. Menurut standard industri, ketahanan warna pada paras 4 atau lebih sesuai untuk kegunaan di rumah.Keupayaan sarung ini untuk tahan lelasan telah teruji untuk menangani 50,000 kitaran. 15,000 kitaran atau lebih sesuai untuk perabot yang digunakan setiap hari di rumah. Lebih 30,000 kitaran bermakna keupayaan baik untuk menahan lelasan.

Pengukuran

  • Diuji untuk: 110 kg
  • Lebar: 45 cm
  • Dalam: 49 cm
  • Tinggi: 110 cm
  • Lebar tempat duduk: 45 cm
  • Dalam tempat duduk: 37 cm
  • Tinggi tempat duduk: 75 cm

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 2

BERGMUND

Nombor artikel604.519.85
  • Lebar: 53 cm
  • Tinggi: 13 cm
  • Panjang: 96 cm
  • Berat: 9.59 kg
  • Bungkusan: 1

BERGMUND

Nombor artikel504.810.92
  • Lebar: 18 cm
  • Tinggi: 4 cm
  • Panjang: 22 cm
  • Berat: 0.31 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

3.7Purata pengadaran
6Ulasan

Aksesori untuk BERGMUND

BERGMUND Bangku bar dengan penyandar

Inovasi sangat berkesan bagi keselesaan anda

BERGMUND dihasilkan supaya anda boleh duduk lebih lama di kerusi anda – tanpa kaki anda mula terasa kaku atau belakang anda sakit. Untuk berjaya, kami menjalankan penyelidikan baharu tentang tubuh manusia, mencari sudut optimum dan membangunkan teknik baharu untuk mendapatkan tempat duduk yang benar-benar selesa.

Duduk mungkin kelihatan seperti pergerakan yang aktif, tetapi ia sebenarnya melibatkan segala-galanya daripada tulang dan otot badan hinggalah tendon, rawan dan sendi. "Ini penting agar badan menikmati sokongan yang betul di tempat yang betul, jadi bolehlah anda duduk dengan selesa lebih lama,", jelas pembangun bahan Anders Bergner.

Trait biasa utama kami – tulang duduk

Dengan BERGMUND, Anders dan pasukannya mengkaji penyelidikan baharu untuk membangunkan bentuk tempat duduk dan untuk mencari sudut optimum antara tempat duduk dan penyandar. Ini menghasilkan beberapa pandangan menarik tentang tubuh manusia – contohnya bahawa tulang duduk semua manusia sebenarnya sangat serupa. "Memang benar, tidak kira sama ada seseorang itu setinggi 1.85 meter ataupun lebih rendah. Jadi bahagian bawah tempat duduk berbentuk mangkuk diberikan geometri yang sesuai dengan 99% penduduk dunia.”

Inovasi membuka jalan untuk lebih keselesaan

Poliester pada pelapik dan penyandar tempat duduk terdiri daripada gentian menegak kecil yang memberikan keanjalan yang lebih baik berbanding gentian yang lebih berbelit-belit. Anders dan pasukannya kemudian membangunkan teknik inovatif bagi meningkatkan lagi keselesaan tempat duduk dengan membentuk pelapik tempat duduk. "Ia setanding dengan membuat wafel. Gentian poliester dimasukkan ke dalam alat khas di tempat bentuk yang betul ditetapkan.” Selepas beberapa tahun dibangunkan, Anders berharap BERGMUND dapat membantu orang ramai menikmati keselesaan tempat duduk yang menyenangkan dan juga saat-saat yang lebih indah bersama-sama. "Apabila semua orang di meja duduk dengan selesa, mereka boleh berehat dan saling memfokus antara satu sama lain."

Baca lebih lanjut

Fungsi penyelesaian

Pilih ketinggian bangku bar yang sesuai

Pilih ketinggian bangku bar yang sesuai agar anda rasa selesa duduk di atasnya, menyediakan banyak ruang kaki dan seimbang dengan ruang anda yang lain. Kaunter dapur dan meja tinggi kaunter biasanya dalam lingkungan 87-91 cm dari lantai. Untuk mencari bangku yang sesuai untuk kaunter anda, cari ketinggian tempat duduk 60-66 cm. Permukaan meja atau kaunter yang berukuran antara 101-106 cm dari lantai, biasanya dikelaskan sebagai "ketinggian bar", dan memerlukan ketinggian tempat duduk 72-76 sentimeter.

Pandangan pereka

Pandangan pereka

“Semasa mereka bentuk kerusi BERGMUND, kami ingin menghasilkan tempat duduk untuk orang ramai, pada bila-bila masa sepanjang tahun. Dan kerana kehidupan berubah-ubah, begitu juga sarungnya - agar sesuai mengikut musim, majlis istimewa atau mood anda - pilihlah daripada pelbagai warna dan panjang. Satu-satunya perkara yang tidak berubah ialah keselesaan yang lembut dan empuk serta kaki yang berlengkok yang membolehkan sarung mudah membaluti rangka. Kami berharap kerusi-kerusi ini membolehkan anda dan rakan-rakan anda berehat dan sentiasa selesa lebih lama."

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini