Menghasilkan ruang storan tambahan, utili dan ruang kerja.
Butiran produk
Kayu padu ialah bahan asli yang tahan lasak yang boleh diempelas dan permukaannya dirawat jika perlu.
Direka bentuk dan dikait di Vietnam. Apabila anda memilih produk daripada siri NORDRANA, anda membawa aksesori buatan tangan yang unik ke dalam bilik mandi anda sambil membantu meningkatkan kehidupan para tukang tempatan.
Troli ini telah duji mengikut stardard demi kestabilan, ketahanan dan keselamatan supaya dapat tahan kegunaan sehari-hari di rumah anda selama bertahun-tahun.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Boleh dilengkapkan dengan pelindung lantai berpelekat PRAKTISK; melindungi permukaan lantai daripada haus.
Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
Kayu birch padu
Penjagaan
Lap sehingga bersih menggunakan kain lembap.
Kesan kotoran boleh dihilangkan dengan menggunakan pemadam atau kertas pasir halus, sabun pencuci pinggan mangkuk atau pencair cat.
Untuk kualiti maksimum, ketatkan semula skru jika perlu.
Minyak rawatan kayu untuk penggunaan dalam bangunan dicadangkan untuk selengaraan.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
BEKVÄM Troli dapur102.403.49Nasihat dan arahan penjagaan
BEKVÄM Troli dapur102.403.49Pengukuran
- Beban/tingkat: 9 kg
- Panjang: 58 cm
- Lebar: 50 cm
- Tinggi: 85 cm
Bungkusan
BEKVÄM
Nombor artikel102.403.49- Lebar: 55 cm
- Tinggi: 12 cm
- Panjang: 87 cm
- Berat: 15.30 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk BEKVÄM
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Apakah kayu padu?
Kayu padu ialah salah satu bahan kegemaran kami dan merupakan sebahagian daripada warisan Scandinavia kami. Ia juga merupakan bahan yang tidak lapuk dek zaman dengan pelbagai kegunaan. Tanpa mengira spesies kayu, ia tahan lama, indah dan boleh diperbaharui. Kami berusaha untuk menggunakan bahan mentah ini seboleh-bolehnya dengan bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran – dan kami juga melabur dalam kemudahan dan logistik supaya penggunaan kayu kitar semula dapat kami pertingkatkan.
Fungsi penyelesaian
Lebih ruang dan kurang berlari ke sana ke mari
Adakah anda ingin mempunyai lebih ruang dan kurang tertekan semasa makan malam? Troli yang tegap di dapur atau meja troli bijak pada ruang makan amat membantu. Troli dapur memberikan anda permukaan utiliti tambahan dan ruang untuk herba segar atau mangkuk hidangan dan pinggan leper pada para bahagian bawah. Dengan troli meja di ruang makan anda mempunyai segalanya dari botol ke kertas kesat tangan yang mudah dicapai supaya anda tidak perlu berlari berulang alik ke dapur. Ia terdapat dalam beberapa gaya dan bahan - salah satu pasti sesuai dengan keperluan dan cita rasa khas anda.






