Jaminan 25 tahun. Baca termanya di dalam risalah jaminan.
Jaminan 25 tahun

Permukaan kerja diperbuat daripada papan partikel yang dilitupi dengan lapisan atas venir. Kaedah ini membolehkan kita kurang menggunakan kayu dalam pengeluaran.
Permukaan kerja dengan venir tebal kayu walnut, bahan semula jadi yang tahan lasak yang permukaannya boleh diempelas dan dirawat jika perlu.
Kelengkapan dandanan diri boleh disembunyikan di belakang pintu tertutup dan barangan yang sering digunakan seperti sabun di permukaan atas kaunter. Meletakkan botol dan kotak kegemaran anda di para-para terbuka menambahkan sentuhan hias yang menarik.
Setiap permukaan kerja unik dengan corak ira yang berbeza-beza dan peralihan warna semula jadi yang merupakan sebahagian daripada daya tarikan pada kayu.

Aksesori untuk BARKABODA
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Apakah venir?
Venir ialah kepingan kayu nipis yang dilekatkan pada benda seperti papan partikel untuk menambahkan permukaan yang tahan lama dan rupa kayu semula jadi – jadi kita menikmati pelbagai manfaat kayu tanpa menggunakan kayu padu. Jenis venir yang paling biasa ialah kayu birch, ash, oak dan bic dan kami telah menghasilkan lakuer UV khas yang membantu memelihara struktur semula jadi kayu. Satu kelebihan dengan venir yang lebih tebal sedikit ialah bagaimana anda boleh membaiki dan mengampelas permukaan jika ia rosak untuk memberikan perabot jangka hayat yang lebih lama dan lebih indah.
Kualiti/ketahanan
Dibina dan diuji untuk tahan lama
Kami percaya bahawa permukaan kerja dapur kami harus memenuhi permintaan tertinggi anda dari segi reka bentuk dan prestasi, tanpa kompromi. Itulah sebabnya kami menguji permukaan kerja kami dan membandingkannya dengan cabaran harian yang akan dihadapinya di dapur anda: cecair, minyak, makanan, wap, haba, bongol dan calar. Apabila ia lulus ujian kami, kami tahu ia akan tahan lama, dan kami menjaminnya selama 25 tahun.









