- Diuji untuk: 110 kg
Kerusi permainan yang bantu anda beraksi pada tahap terbaik dengan keselesaan dan ergonomiknya yang hebat dengan tempat letak tangan, tempat letak kepala, ketinggian tempat duduk boleh dilaras dan sokongan lumbar dengan jaringan lapang berkualiti tinggi.
Butiran produk
Semasa anda bermain sama ada anda duduk tegak ataupun bersandar, tempat duduk dan penyandar yang disegerakkan akan mengikuti pergerakan badan anda dan menyesuaikan dengan mudah mengikut posisi permainan digital kegemaran anda.
Pengunci kecondongan membolehkan anda melaraskan kecondongan kerusi dan menguncinya dalam 4 kedudukan berbeza-beza, daripada tegak hingga 135°, supaya anda boleh bersantai antara perlawanan yang panjang.
Memberikan sokongan yang selesa kepada lengan anda dan mengurangkan ketegangan pada leher dan bahu anda memandangkan tempat letak tangan empuk boleh dilaraskan ke atas/bawah, ke hadapan/ke belakang dan juga boleh diputar.
Sokongan lumbar boleh laras membantu mengekalkan postur yang betul semasa anda bermain, yang mengurangkan ketegangan pada otot di bahagian bawah belakang anda.
Anda boleh dengan mudah memusing dan melaraskan ketinggian penyandar untuk memberikan sokongan yang baik pada leher anda semasa bermain dan semasa anda ingin berehat antara perlawanan.
Sarung penyandar kepala dan kusyen lumbar diperbuat daripada kulit asli yang lembut pada sentuhan dan menua dengan indah kerana lama kelamaan ia memperoleh warna yang lebih pekat dan permukaan yang lebih cantik.
Reka bentuk penyandar yang tinggi memberikan sokongan yang kukuh dan selesa pada badan, leher dan kepala anda.
Bahan jaring pada penyandar membolehkan udara masuk, yang lebih memanfaatkan apabila perlawanan berlarutan.
Anda boleh duduk dengan selesa kerana ketinggian kerusi boleh dilaraskan.
Roda keselamatan ada mekanisme brek yang peka tekanan yang mengekalkan kerusi pada tempatnya apabila anda berdiri, dan melepaskan secara automatik apabila anda duduk.
Sangat sesuai dipadankan dengan meja permainan elektrik duduk dan berdiri MÅLOMRÅDE yang meningkatkan ergonomik semasa anda bermain.
David Wahl
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Rangka tempat duduk/ Rangka penyandar/ Selusur topang/ Plat penyambung/ Silinder gas:
- Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
- Plat penutup:
- Plastik polipropilena, Plastik polipropilena, Plastik polipropilena
- Pendakap lengan/penyandar/ Pendakap sokongan/ Rangka tempat letak tangan/ Asas bintang:
- Aluminium, Salutan serbuk epoksi/poliester
- Pendakap topang:
- Plastik polipropilena bertetulang
- Pengisian keselesaan:
- Poliester 100 %, Busa poliuretana tinggi kekenjalannya (busa sejuk) 65 kg/meter persegi, Busa poliuretana 25 kg/meter persegi
- Penutup:
- Plastik poliamida bertetulang, Plastik polipropilena
- Sarung:
- Getah tiruan
- Mekanisma kunci:
- Keluli, Plastik polipropilena
- Dasar:
- Plastik polipropilena, Getah tiruan
- Sarung fabrik:
- Poliester elastik 67%, 33% nilon
- Kulit:
- Melalui pencelupan, kulit lembu dengan permukaan yang timbul, dirawat dan berpigmen, masih kelihatan seperti kulit semulajadi
Penjagaan
Lap bersih menggunakan larutan sabun lembut.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Lindungi daripada cahaya terik matahari untuk mengelakkan ia menjadi kering.
Bersihkan dengan kain pengesat atau vakum perlahan menggunakan sambungan berus lembut.
Kesan kotoran yang sedikit boleh ditanggalkan menggunakan pencuci tekstil atau span lembap atau larutan sabun lembut.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
BÄSTBOLL Kerusi permainan905.862.52Pengukuran
- Diuji untuk: 110 kg
- Lebar: 69 cm
- Dalam: 69 cm
- Ketinggian maksimum: 140 cm
- Tinggi minimum: 120 cm
- Lebar tempat duduk: 50 cm
- Dalam tempat duduk: 47 cm
- Ketinggian maksima tempat duduk: 59 cm
- Ketinggian min. tempat duduk: 48 cm
- Tinggi maksimum tempat letak tangan: 84 cm
- Ketinggian min. tempat letak tangan: 64 cm
- Ketinggian maksimum penyandar: 140 cm
- Ketinggian minimum penyandar: 120 cm
Bungkusan
BÄSTBOLL
Nombor artikel905.862.52- Lebar: 71 cm
- Tinggi: 43 cm
- Panjang: 71 cm
- Berat: 28.43 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk BÄSTBOLL
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Idea di sebalik rekaan BÄSTBOLL saya adalah untuk menghasilkan kerusi permainan ergonomik berinspirasikan tempat duduk kereta moden. Berfungsi, selesa dan dengan lagi banyak pilihan untuk melaraskan tempat letak tangan mengikut pilihan permainan anda. Saya sangat menyukai mekanisme yang memaksimumkan sudut rebah dengan menggerakkan tempat duduk ke hadapan apabila anda bersandar – dan bagaimana tuil di bawah tempat duduk menyerupai kayu ria. Saya harap kerusi ini dapat membantu anda beraksi sebaik mungkin apabila skrin berkelip-kelip Mulakan Aksi."










