Langkau ke kandungan utama

ANTILOP Lapisan luar tpt ddk kerusi tinggi, putih

Harga RM 29
Perlu dilengkapkan dengan kakli ANTILOP, dijual berasingan.
ANTILOP Lapisan luar tpt ddk kerusi tinggi, putih
ANTILOP Lapisan luar tpt ddk kerusi tinggi, kelabu-biru

Bagaimana untuk mendapatkannya

Nombor artikel302.799.44

Butiran produk

Pereka

IKEA of Sweden

Nombor artikel302.799.44

Maklumat berguna

Perlu dilengkapkan dengan kakli ANTILOP, dijual berasingan.

Tali pinggang keselamatan disertakan.

Boleh dilengkapkan dengan kerusi tinggi berdulang ANTILOP.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Plastik polipropilena

Penjagaan

Lap bersih menggunakan larutan sabun lembut.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Lebar: 39 cm
  • Dalam: 37 cm
  • Tinggi: 35 cm
  • Lebar tempat duduk: 25 cm
  • Dalam tempat duduk: 22 cm
  • Beban maksimum: 15 kg

Bungkusan

ANTILOP

Nombor artikel302.799.44
  • Lebar: 37 cm
  • Tinggi: 35 cm
  • Panjang: 39 cm
  • Berat: 1.20 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

5Purata pengadaran
2Ulasan

Aksesori untuk ANTILOP

Biar yang paling muda bersama-sama makan di meja

Pada setiap sepuluh saat, lebih daripada 40 kanak-kanak dilahirkan di sesuatu tempat di Bumi. Mereka membesar dalam keadaan hidup yang berlainan dan dalam semua jenis konstelasi keluarga. Tetapi mereka semua mempunyai keperluan yang sama pada tahun-tahun pertama - contohnya untuk mencuba makanan menarik yang baharu dan mengamalkan kemahiran makan mereka. Cara yang baik untuk melakukan itu adalah dengan melihat bagaimana yang lain melakukannya, di samping mendapatkan sedikit bantuan pada masa yang sama. Dengan kerusi tinggi ANTILOP, kanak-kanak boleh belajar dan berkongsi pengalaman makan dengan cara yang selamat bersama dengan kita semua, pada harga yang berpatutan untuk kebanyakan keluarga.

Terdapat lebih daripada satu cara untuk menghadapi cabaran dalam mencipta perabot yang berharga patut yang memudahkan kehidupan orang ramai. Kadang-kadang ia boleh jadi baik untuk melakukan perkara yang sedikit berbeza. Ini semakin jelas apabila kami bertanya kepada salah seorang jurutera kami, John Forsén, pakar dalam pembinaan dan bahan, untuk melihat sama ada kami boleh membuat kerusi tinggi yang baik yang membolehkan anak-anak dan ibu bapa mereka menghabiskan masa bersama-sama di meja makan.

Fkir secara berbeza

Pertama-tama, mari kita bawa anda kembali ke pertengahan tahun 90an. Pada masa itu, ramai antara kita terpesona dengan perkara baharu yang dipanggil internet, dan telefon bimbit adalah seperti satu kebaharuan. Sepanjang masa ini produk IKEA biasanya dibangunkan melalui kerjasama rapat antara perancang dan jurutera reka bentuk - pereka bentuk membuat sketsa dan jurutera reka bentuk mencipta lukisan pembinaan. Walau bagaimanapun, dengan ANTILOP John menghadapi cabaran dari sudut pandangan yang lebih teknikal. Dia melangkau lakaran dan terus membuat model di dalam komputer. "Saya mempunyai idea tentang bagaimana rupa hasil akhirnya, jadi saya mula dengan mengira di mana kaki harus diletakkan, dan pada sudut apa, bagi mendapatkan pembinaan yang selamat dan mantap," jelasnya.

Harga yang rendah, tetapi bukan harga sebarangan

Untuk mendapatkan harga yang rendah, kerusi itu perlu mempunyai pembinaan yang mudah. Satu kerusi, satu tali pinggang dan kemudian empat kaki klik dan lahirlah ANTILOP. "Saya memberi tumpuan kepada keperluan. ANTILOP dioptimumkan untuk menjadi kuat dan mudah untuk dikilangkan. Hakikatnya bahawa kami menggunakan plastik dan keluli, dan sangat sedikit, lantas membolehkan harga menjadi rendah ", kata John. Pembinaan juga menjadikannya mudah untuk kerusi dibawa bersama-sama dengan anda bila mana masa makan di luar rumah. Atau mempunyai kerusi tambahan yang menunggu di rumah datuk nenek apabila orang dewasa keluar makan malam sendiri. Tetapi, definisi perabot yang baik merangkumi lebih daripada harga yang rendah. Kualiti juga diambil kira. ANTILOP sentiasa diperiksa dan diteliti oleh makmal ujian bebas di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Kami menyahut permintaan yang paling sukar di setiap rantau dan pastikan ANTILOP memenuhi keperluan mereka semua. Sekiranya undang-undang atau piawaian baharu diperkenalkan kerusi akan kami uji semula.

Baca lebih lanjut

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini