"Untuk mendapatkan harga yang rendah, pembinaan yang ringkas diperlukan. "Saya memberi tumpuan kepada keperluan. ANTILOP dioptimumkan untuk menjadi kuat dan mudah untuk dikilangkan. Hakikat bahawa kami menggunakan plastik dan keluli, serta kuantiti yang amat sedikit, membolehkan harga menjadi rendah," kata John. "Reka bentuk binaannya juga memudahkan anda membawa kerusi ini ke mana-mana apabila tiba waktu makan di luar rumah. Atau mempunyai kerusi tambahan yang menunggu di rumah datuk nenek apabila orang dewasa keluar makan malam sendiri.
ANTILOP
201.690.74Dulang ANTILOP dipasang pada cangkang tempat duduk ANTILOP untuk melengkapkan kerusi tersebut. Apabila dipasang, anak anda mendapat permukaan makan dan bermain yang prakts – di rumah, semasa melawat rakan atau di restoran. Selamat menjamu selera!
- Sesuai untuk perniagaan
Jenis bahan
Plastik polipropilena
Penjagaan
Lap bersih menggunakan larutan sabun lembut.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Arahan pemasangan
ANTILOP Dulang kerusi tinggi201.690.74

Tepi yang ditinggikan menghalang tumpahan daripada terkena meja.
Kami tahu bahawa kulit kanak-kanak adalah lebih sensitif, tetapi jangan risau. Produk ini telah diuji, diluluskan dan benar-benar bebas daripada bahan yang boleh membahayakan kulit atau kesihatan anak anda.
IKEA of Sweden
Sesuai untuk kerusi tinggi ANTILOP.
Jenis bahan
Plastik polipropilena
Penjagaan
Lap bersih menggunakan larutan sabun lembut.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
- Disyorkan untuk bayi berusia 6-36 bulan.
Arahan pemasangan
ANTILOP Dulang kerusi tinggi201.690.74

- 201.690.74
1 × ANTILOP
Dulang kerusi tinggi- Lebar: 42 cm
- Tinggi: 7 cm
- Panjang: 43 cm
- Berat: 0.68 kg
Ulasan pelanggan
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Biar yang paling muda bersama-sama makan di meja
Semua kanak-kanak, tidak kira di mana mereka membesar, mempunyai keperluan yang serupa pada tahun-tahun pertama – contohnya, untuk mencuba makanan baharu yang menarik dan melatih kemahiran makan mereka. "Cara yang baik untuk belajar adalah dengan memerhatikan cara orang lain melakukannya. Wawasan ini membimbing jurutera kami John Forsén semasa beliau membangunkan ANTILOP – sebuah kerusi tinggi yang membolehkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka meluangkan masa bersama-sama di sekeliling meja makan. "Sepanjang perjalanan itu, John juga mempelajari bahawa salah satu cara untuk menghasilkan perabot mampu milik yang memudahkan kehidupan orang ramai adalah dengan melakukan sesuatu yang berbeza sedikit.
Produk IKEA biasanya dibangunkan melalui kerjasama antara pereka bentuk dan jurutera – pereka bentuk membuat lakaran manakala jurutera membuat lukisan pembinaan. Tetapi dengan ANTILOP, John terus menghasilkan model komputer. "Saya mempunyai idea tentang bagaimana rupa hasil akhirnya, jadi saya mula dengan mengira di mana kaki harus diletakkan, dan pada sudut apa, bagi mendapatkan pembinaan yang selamat dan mantap," jelasnya.
Binaan bijak membawa kepada harga yang rendah
Harga yang rendah, tetapi bukan harga sebarangan
Tetapi, definisi perabot yang baik merangkumi lebih daripada harga yang rendah. Kualiti juga diambil kira. Dan memang begitu. Kami mengambil kira permintaan yang paling ketat di setiap rantau dan melalui pemeriksaan kualiti serta keselamatan yang berkala, kami memastikan ANTILOP memenuhi kesemua piawaian tersebut. Sekiranya undang-undang atau piawaian baharu diperkenalkan, kami akan menguji kerusi itu semula. Kesimpulannya, ANTILOP menunjukkan bahawa melakukan sesuatu secara berbeza semasa menghasilkan perabot yang baik sememangnya cara yang tepat.



