Pelindung tilam berlapik daripada campuran lyocell/kapas dengan isian lyocell/poliester yang menambah keselesaan tambahan dan memanjangkan jangka hayat tilam anda. Serat lyocell menyerap lembapan, memastikan anda kekal selesa dan kering.
Butiran produk
Pelindung tilam berlapik dengan fabrik campuran lyocell dan kapas serta isian lyocell dan poliester." Isian poliester ini kebanyakannya berasal daripada sumber kitar semula.
Pelindung tilam di antara alas katil dan tilam melindungi tilam daripada kesan dan kotoran dan memanjangkan hayat tilam anda.
Anda akan mengalami tidur yang selesa dan kering memandangkan fabrik dan juga isian mengandungi gentian lyocell yang menyerap lembapan.
Tali elastik di setiap sudut memastikan pelindung tilam anda tetap di tempatnya.
Pelindung tilam boleh dibasuh mesin pada 60°C, suhu yang membunuh hama debu.
Maja Ganszyniec
Maklumat berguna
Kiraan benang 227.
Kiraan benang menunjukkan jumlah benang bagi setiap inci persegi fabrik. Semakin tinggi kiraan benang semakin rapat tenunan fabrik.
Produk ini diuji kemudahbakaran dan mematuhi standard EN ISO 12952-1.
Produk ini diuji kemudahbakaran mengikut standard CAN/CGSB 4.2 No 27.5 dan memenuhi keperluan masa penyebaran nyalaan ≥7.1 saat
Sesuai dengan tilam dengan ketinggian maksimum 42 cm, kerana pelindung tilam mempunyai reben elastik di setiap sudut.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Fabrik atas:
- 55% lyocell, 45% kapas
- Fabrik belakang:
- 100% polipropilena
- Isi:
- lyocell 50%/poliester 50% (min. kitar semula 70%)
Penjagaan
Dibasuh mesin, maksimum 60°C, proses normal.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Pengeringan pada suhu rendah (maksimum 60°C).
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Pengukuran
- Panjang: 200 cm
- Lebar: 140 cm
Bungkusan
ÄNGSKORN
Nombor artikel404.619.85- Panjang: 46 cm
- Berat: 1.33 kg
- Diameter: 15 cm
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Bahan
Apa itu lyocel?
Lyocell ialah gentian yang kuat dan licin seperti sutera yang diperbuat daripada selulosa daripada pulpa kayu. Gentian lyocell yang lembut bagus untuk menyerap kelembapan di samping terasa dingin pada kulit. Itulah sebabnya mengapa kami suka menggunakannya untuk linen tempat tidur dan sebagai isi dalam bantal dan selimut untuk memberikan anda tidur yang lena. Dan sama seperti bahan mentah kayu yang lain, kami seboleh-bolehnya berusaha untuk menggunakannya secara bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran.
Kualiti/ketahanan
Lindungi tilam anda atau berikannya hayat baharu
Di IKEA, kualiti produk kami sentiasa diutamakan dan pelindung tilam tidak terkecuali. Pasukan pembangun produk kami yang berdedikasi bekerja keras bagi memastikan mereka memenuhi piawaian tertinggi kami. Ini termasuk ujian ekstensif terhadap keselesaan, ketahanan, kesesuaian tilam dan banyak lagi. Kami memastikan penggunaan bahan yang tahan lama dan boleh dibasuh supaya pelindung tilam anda dapat berfungsi untuk jangka masa yang lama.


