Pelindung bantal berlapis lembut ini memanjangkan jangka hayat bantal anda sambil menambah lapisan keselesaan yang empuk. Zip memastikan bantal kekal kemas di dalamnya. Buka zip untuk menanggalkan penutup dan memudahkan pencucian.
Butiran produk
Pelindung bantal berjahit dengan fabrik campuran lyocell dan kapas, serta isian daripada lyocell dan poliester. Isian poliester ini kebanyakannya berasal daripada sumber kitar semula.
Anda akan mengalami tidur yang selesa dan kering memandangkan fabrik dan juga isian mengandungi gentian lyocell yang menyerap lembapan.
Melindungi daripada kotoran dan noda serta memanjangkan jangka hayat bantal anda.
Pelindung bantal ini boleh dibasuh menggunakan mesin pada suhu 60°C, iaitu suhu yang boleh membunuh hama habuk.
Maja Ganszyniec
Maklumat berguna
Kiraan benang 227.
Kiraan benang menunjukkan jumlah benang bagi setiap inci persegi fabrik. Semakin tinggi kiraan benang semakin rapat tenunan fabrik.
Produk ini diuji kemudahbakaran dan mematuhi standard EN ISO 12952-1.
Produk ini diuji kemudahbakaran mengikut standard CAN/CGSB 4.2 No 27.5 dan memenuhi keperluan masa penyebaran nyalaan ≥7.1 saat
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Fabrik:
- 55% lyocell, 45% kapas
- Lapik:
- 100% polipropilena
- Isi:
- lyocell 50%/poliester 50% (min. kitar semula 70%)
Penjagaan
Dibasuh mesin, maksimum 60°C, proses normal.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Pengeringan pada suhu rendah (maksimum 60°C).
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Pengukuran
- Panjang: 50 cm
- Lebar: 80 cm
Bungkusan
ÄNGSKORN
Nombor artikel104.620.24- Lebar: 18 cm
- Tinggi: 4 cm
- Panjang: 28 cm
- Berat: 0.33 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Apa itu lyocel?
Lyocell ialah gentian yang kuat dan licin seperti sutera yang diperbuat daripada selulosa daripada pulpa kayu. Gentian lyocell yang lembut bagus untuk menyerap kelembapan di samping terasa dingin pada kulit. Itulah sebabnya mengapa kami suka menggunakannya untuk linen tempat tidur dan sebagai isi dalam bantal dan selimut untuk memberikan anda tidur yang lena. Dan sama seperti bahan mentah kayu yang lain, kami seboleh-bolehnya berusaha untuk menggunakannya secara bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran.
Kualiti/ketahanan
Memanjangkan jangka hayat bantal anda.
Di IKEA, kualiti produk kami sentiasa menjadi keutamaan dan pelindung bantal juga tidak terkecuali. Pasukan pembangun produk kami yang berdedikasi bekerja keras bagi memastikan mereka memenuhi piawaian tertinggi kami. Ini termasuk ujian menyeluruh terhadap keselesaan dan ketahanan. Kami juga memastikan penggunaan bahan yang tahan lama dan boleh dibasuh supaya pelindung bantal anda dapat mengekalkan bantal kegemaran anda kekal segar dan selesa untuk jangka masa yang lama.

