Langkau ke kandungan utama

Terokai DAJLIEN. Koleksi senaman di rumah yang ditentukan oleh anda.

Gambar dekat seorang gadis yang memakai baju senaman berwarna hijau sedang mengangkat beberat DAJLIEN bulat di hadapannya.

Senaman bukanlah segala-galanya...

Tetapi segala-galanya boleh merupakan senaman. Kerana apakah senaman? Adakah ia kelajuan dan stamina, 100 ulangan, tiada hasil tanpa usaha atau otot dan kaki kuat? Atau adakah ia masa main dengan anak-anak anda? Yoga selepas bekerja sehari suntuk? Lompat bintang di meja anda? Mungkinkah ia mengemas rumah anda, pergi membeli-belah barang runcit, membawa anjing berjalan-jalan?

DAJLIEN ialah koleksi terhad baharu peralatan senaman berbilang fungsi yang pintar yang mudah digunakan dan direka bentuk supaya betul-betul sesuai di dalam rumah. DAJLIEN bertujuan untuk menggalakkan senaman dalam kehidupan harian anda. 

Direka bentuk untuk anda dan rumah anda

DAJLIEN direka bentuk untuk kegunaan berat – tetapi ia juga direka bentuk dengan warna dan perincian yang berfungsi walaupun ia tidak digunakan untuk senaman: sebagai storan atau kelengkapan praktikal di rumah. Dirian valet, misalnya, sangat sesuai untuk mengeringkan pakaian antara sesi, sementara troli boleh disimpan di bawah meja.

Seorang gadis yang memakai pakaian senaman berwarna hijau sedang mencangkung sambil mengangkat set dua beberat DAJLIEN bulat.
Gambar dekat tangan seorang wanita yang memegang tikar senaman DAJLIEN berwarna hijau, yang sebahagiannya digulung.
Seorang lelaki yang memakai pakaian senaman sedang berdiri di atas papan senaman DAJLIEN, sebelah lututnya diangkat, sambil mengangkat beberat DAJLIEN.
Video: Klip video seorang gadis sedang melakukan bangkit tubi dan bersenam di rumah menggunakan produk DAJLIEN, dan seorang lelaki sedang berjalan di seberang jalan.
Dua dirian valet DAJLIEN terletak di dalam bilik, dengan pakaian tergantung padanya dan beg DAJLIEN di atas lantai.
Sebelah lutut dan sebelah tangan seorang gadis terletak di atas bangku dengan storan DAJLIEN, sebelah tangan lagi sedang mengangkat beberat DAJLIEN.

Sebahagian peralatan senaman, sebahagian storan

Diinspirasikan oleh peralatan gim gaya lama, bangku dengan storan DAJLIEN boleh digunakan dalam pelbagai cara: sudah tentu sebagai bangku senaman, tetapi juga sebagai bangku storan dan juga sebagai meja semasa berehat di atas sofa. Dibuat daripada buluh, ia menampilkan tikar pintar dan tidak licin yang boleh digulung dan disimpan agar tidak kelihatan.

Pandangan atas bangku dengan storan DAJLIEN, dengan penutupnya terbuka sedikit. Produk DAJLIEN yang lain terletak di dalamnya dan berdekatan.
Bangku dengan storan DAJLIEN terletak dengan kemas di hadapan sofa. Vas yang berisi bunga dan tindanan buku yang kemas terletak di atasnya.
Video: Klip video menunjukkan seorang budak perempuan dan seorang dewasa sedang melakukan dirian tangan dan senaman di atas tikar senaman DAJLIEN yang besar.

Ruang untuk semua orang

Bersenam di rumah selalunya bermakna bersenam bersama-sama: dengan anak-anak, pasangan, rakan-rakan malah haiwan peliharaan. Tikar senaman DAJLIEN mempunyai tepi bulat dan terdapat dalam dua saiz berguna yang mudah digulung dan disimpan agar tidak kelihatan. Yang kecil sesuai untuk sesi semasa perjalanan, manakala yang besar pula cukup besar untuk dua orang.

Seorang lelaki berambut panjang dan ikal sedang berjalan di sebatang jalan sambil mengangkat beg DAJLIEN di bahu kirinya.

Bila-bila masa, di mana-mana saja, dengan apa jua cara

DAJLIEN memudahkannya untuk pergi ke gim dan membawa gim kepada anda,dengan kelengkapan mudah seperti beg jaring yang ringan, yang mempunyai petak dalaman pintar, dan pembesar suara Bluetooth mudah alih, yang juga kalis air. Banyak produk juga mudah dilipat dan dimasukkan ke dalam beg, jadi anda boleh bersenam di mana-mana saja yang anda mahu, pada bila-bila masa yang anda mahu.

Di rumah atau semasa perjalanan

Bolehkah senaman betul-betul semudah pergi membeli-belah barang runcit atau membawa anjing berjalan-jalan? Dengan DAJLIEN, tentu sekali. DAJLIEN menampilkan perincian berfungsi yang mengubah aktiviti harian menjadi masa senaman yang mudah dan menyeronokkan.

Beg DAJLIEN yang penuh dengan barang-barang, terletak di atas permukaan luar berjubin, dengan sebelah tangan seseorang sedang mengambil sesuatu di dalamnya.
Seorang gadis yang memakai seluar sama sendat berwarna hijau dan beg tali pinggang DAJLIEN sedang mengangkat satu set beberat DAJLIEN bulat.
Imej seorang gadis dengan ikat ekor kudanya dari belakang, memakai ponco santai DAJLIEN. Dia kelihatan dari bahu ke atas.
Seorang gadis yang memakai ponco mandi bertudung DAJLIEN berwarna hijau muda tersenyum sambil berdiri di atas dok di sebelah tasik.
Imej pangkasan seorang gadis yang memakai pakaian bersenam dan beg tali pinggang DAJLIEN. Dia telah membuka zip beg itu dan mengambil sesuatu di dalamnya.
Gambar dekat seorang gadis yang memakai ponco santai DAJLIEN yang sedang memegang tuala tangan DAJLIEN pada gelungnya.
Dengan DAJLIEN, kami ingin mencipta produk yang pintar dan indah untuk menggalakkan dan mentakrifkan semula senaman sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan, mudah dan semula jadi.

Sarah FagerPereka bentuk

Boleh dibeli di gedung dan secara dalam talian

Koleksi boleh dibeli di gedung dan secara dalam talian bermula 18 Januari 2024. Tersedia ada di IKEA Damansara & IKEA Cheras sahaja.

Beli sekarang