Langkau ke kandungan utama

Mulakan hidup baharu dengan keluarga, rakan dan koleksi FÖSSTA

Tahun Baharu Cina ini, biar koleksi aksesori rumah FÖSSTA membawa sedikit tuah, kemakmuran dan kebahagiaan ke dalam rumah anda. Dengan FÖSSTA, anda boleh menerima tuah naga sambil membuatkan tetamu anda tersenyum.

Produk daripada koleksi FÖSSTA disusun dengan menarik di atas para di ruang yang disinari cahaya matahari yang memancar menerusi tingkap.
Produk daripada koleksi FÖSSTA disusun dengan menarik di atas para di ruang yang disinari cahaya matahari yang memancar menerusi tingkap.

Perubahan yang menyegarkan

Tahun Baharu Cina ialah masa yang sesuai untuk membawa perubahan yang menyegarkan ke dalam rumah anda. Perbaharui ruang tamu atau bilik tidur anda dengan kusyen dan alas atau kenapa tak bawa semangat tahun baharu bersama anda dengan aksesori perjalanan FÖSSTA.

Terokai koleksi FÖSSTA
Pilihan kusyen di dalam sarung kusyen FÖSSTA disusun di atas sofa dan kerusi berlengan, dengan terendak lampu FÖSSTA di latar belakang.
Gambar dekat sarung kusyen FÖSSTA yang kelihatan seperti kepala naga terletak di atas tempat letak tangan sofa.
Gambar dekat katil dengan sarung bantal FÖSSTA dan sarung duvet FÖSSTA. Duvet itu telah dilipat dengan kemas.
Alas FÖSSTA dengan motif naga tergantung di bahagian belakang sofa, dekat dengan dua kusyen di dalam sarung kusyen FÖSSTA.
Cahaya yang bertelau-telau memancar koleh bertebat FÖSSTA dan beg perjalanan FÖSSTA yang terletak di atas almari anyaman rotan.
Terokai koleksi FÖSSTA

Terangi jalan ke arah tuah

Apabila malam tiba, lantera FÖSSTA terus hidup, mewujudkan suasana hangat dan menarik yang sesuai untuk keraian anda.

Empat hiasan FÖSSTA berwarna merah dan tiga lampu pendan LED FÖSSTA yang dinyalakan tergantung di hadapan langsir berwarna putih.
Gambar dekat lampu bercahaya yang dilengkapi dengan terendak lampu FÖSSTA tergantung di hadapan langsir berwarna coklat gelap.

Rasai Dinasti Song

Makanan anda rasa hebat, jadi wajarlah ia kelihatan hebat juga. Koleksi FÖSSTA akan mewujudkan suasana yang sangat sesuai untuk hidangan dan minuman anda yang lazat, membolehkan anda menyediakan jamuan yang bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga sedap dipandang.

Pandangan atas meja makan yang disediakan dengan pelapik pinggan dan pinggan FÖSSTA, dihiasi pilihan makanan Tahun Baharu Cina yang tipikal.
Beberapa koleh FÖSSTA dan tindanan pinggan dan mangkuk FÖSSTA berwarna kuning dan firus di hadapan vas FÖSSTA.
Pandangan atas meja makan yang disediakan dengan lekar FÖSSTA di sebelah pilihan pinggan dan mangkuk FÖSSTA.
Rantaian pencahayaan LED FÖSSTA tergantung di atas buah-buahan pilihan dalam pinggan FÖSSTA berwarna kuning.
Lihat koleksi FÖSSTA

Tahun Arnab melabuhkan tirai, Tahun Naga mengorak langkah

Sambut Tahun Baharu Cina dengan bergaya dan terima tuah naga dengan koleksi aksesori kediaman FÖSSTA. Cantik dan praktikal dengan sentuhan yang menawan, FÖSSTA menggabungkan masa lalu dengan masa kini dengan sempurna.

Lihat koleksi FÖSSTA

Boleh dibeli di gedung dan secara dalam talian

Koleksi boleh dibeli di gedung bermula dan secara dalam talian bermula 4 Januari 2024.