Langkau ke kandungan utama

Hidup dengan yakin, riang dan mewah dengan koleksi BASTUA

Koleksi terhad yang direka bentuk secara kerjasama dengan syarikat reka bentuk Finland Marimekko, BASTUA diinspirasikan oleh alam semula jadi dan ritual jagaan diri sauna Nordic. Perabot, barang-barang kaca dan tekstil dengan cetakan yang ceria merangkumi keindahan ringkas dan estetik alam semula jadi Nordic.

Corak mengkhayalkan yang diinspirasikan oleh sauna Nordic

Reka bentuk kimono yang ketara dan berwarna-warni ini menampilkan daun rubarb yang kadang-kadang tumbuh di sebelah bangunan sauna di Finland, dan jalur-jalur yang amat jelas namun tenang yang mengingatkan kita kepada bilah yang disusun sebelah-menyebelah pada bangku sauna.

Seorang lelaki dan wanita yang memakai kimono BASTUA berwarna biru melagakkan gaya secara berseloroh, masing-masing memegang daun rubarb yang besar di luar bangunan.
Seorang lelaki memakai kimono BASTUA berwarna hijau dengan corak jalur sambil melagakkan gaya dengan tangannya memeluk pokok.
Seorang wanita yang memakai kimono BASTUA dengan corak daun sedang duduk di atas kerusi di padang rumput sambil mengangkat dulang berbentuk daun BASTUA.
Corak ini untuk koleksi BASTUA diinspirasikan oleh daun rubarb hiasan yang besar yang kadang-kadang tumbuh di sebelah bangunan sauna di Finland.

Maija LouekariPereka bentuk, Marimekko

Seperti barang kemas kecil di atas meja makan anda

Koleksi ini meliputi gelas, mangkuk dan jag yang sangat indah yang diinspirasikan oleh kayu balak yang diukir dan riak air yang bertelau-telau akibat cahaya matahari. Pereka bentuk IKEA Henrik Preutz membayangkan sauna di tepi tasik – tempat angin meriakkan permukaan tasik itu sambil memantulkan matahari tengah malam dalam air yang jernih.

Empat gelas BASTUA terletak di atas permukaan konkrit yang terdapat percikan air, dengan cahaya matahari terbias pada fasetnya yang tidak sama.
Jag kaca BASTUA yang digunakan sebagai vas untuk sekuntum bunga popi terletak di atas permukaan konkrit, berlatarbelakangkan warna gelap.
Lima gelas BASTUA disusun secara artistik di atas permukaan konkrit, dengan cahaya matahari terbias pada fasetnya yang tidak sama.
Dengan memikirkan waktu malam pada musim panas di tepi tasik yang jernih di Scandinavia, saya mencipta gelas BASTUA. Cahaya terbias pada corak faset yang tidak sama.

Henrik PreutzPereka bentuk, IKEA

Reka bentuk ringkas yang mewujudkan ketenangan

“Reka bentuk perabot Nordic sentiasa bercirikan bentuk yang kemas dan binaan yang ringkas yang menumpukan kepada fungsi,” pereka bentuk IKEA Mikael Axelsson berkongsi pandangannya. Perabot dalam koleksi ini mengakui warisan ini dengan bahan kayu birch padu dan reka bentuk yang ringkas namun berfungsi.

Bangku BASTUA yang dibuat daripada kayu birch padu terletak di atas lantai jubin marmar di tepi tingkap kaca yang besar.
Bangku BASTUA dan meja sisi BASTUA dengan bunga yang dipotong di dalam vas yang dibuat daripada botol PET berwarna hijau terletak di ruang yang disinari cahaya matahari.

Lampu yang mengabadikan keajaiban matahari tengah malam

Tambah cahaya yang mengkhayalkan di ruang luar anda dengan lantera LED BASTUA. Kombinasi kayu birch berwarna cerah, kertas tepung dan cahaya lembut yang terbaur mewujudkan suasana yang tenang dan minimalistik untuk memulakan ritual santai anda.

Lantera LED BASTUA yang memancarkan cahaya hangat terletak di atas bangku di dalam banglo dengan tingkap kaca yang dikelilingi oleh pokok-pokok pada waktu senja.
Perincian lantera LED dengan pemegang kayu birch BASTUA yang terdapat logo IKEA dan juga Marimekko dan terendak lampu kertas tepung.

Item mudah dibawa bersama yang menarik untuk pengembaraan setiap hari

Beg FRAKTA kami yang ikonik dan sangat berguna mendapat wajah baharu yang ketara dengan corak yang berwarna-warni, termasuk beg dengan daun rubarb yang mengagumkan. Sementara itu, corak pada botol air diinspirasikan oleh löyly – bentuk abstrak seperti bunga yang dihasilkan oleh wap apabila air dicurahkan pada dapur sauna panas.

Seorang sedang mengangkat beg BASTUA dengan corak daun dan dua daun rubarb yang besar untuk melindungi mukanya.
Sebelah tangan seseorang mengisi semula botol air BASTUA dengan corak berbunga-bunga di bawah paip di sink keluli gaya industri.
Seorang wanita tersenyum dan berdiri dekat dengan pancuran luar, dengan bahunya dibaluti tuala BASTUA berwarna biru dan jingga.
Anda boleh merasai sedikit kebahagiaan Nordic, walaupun tanpa sauna.

Maija LouekariPereka bentuk, Marimekko