Langkau ke kandungan utama

Bermain tidak pernah berhenti dengan koleksi BYGGLEK

Jenama IKEA® dan LEGO® bekerjasama untuk mencipta rangkaian penyelesaian storan yang ringkas untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Inspirasinya? Tentu sekali, bermain!

Kotak BYGGLEK berwarna putih terletak di atas sistem storan KALLAX dengan roket yang dibuat daripada blok LEGO dibina di sisinya.
Kotak BYGGLEK berwarna putih terletak di atas sistem storan KALLAX dengan roket yang dibuat daripada blok LEGO dibina di sisinya.

Mewujudkan lebih ruang untuk bermain

Koleksi BYGGLEK menawarkan penyelesaian storan mainan dan set blok LEGO yang unik bagi IKEA. Kotak tersebut sungguh mudah berharmoni dengan rumah anda, jadi hasil ciptaan dapat dipamerkan, memastikan kisahnya terus hidup sehingga masa bermain seterusnya.

Teruskan bermain di mana saja, dalam apa jua cara

Koleksi BYGGLEK ialah rangkaian penyelesaian storan mainan yang mewujudkan lebih ruang untuk bermain setiap hari. Kotak BYGGLEK juga berfungsi sebagai unit mainan, jadi kanak-kanak dapat membina di dalam, di luar atau di sekitarnya untuk menjadikannya sebahagian daripada kisah yang lebih besar.

Main dan pamer

Perkara yang hebat tentang koleksi BYGGLEK ialah kanak-kanak dapat melepaskan diri ke dalam kisah mereka sendiri dan apabila masa untuk mengemas, dunia kreatif mereka tidak perlu ditanggalkan dan disorokkan. Kenapa pula berhenti dengan satu kotak? Cantumkan berbilang kotak untuk mencipta karya agung.

Boleh dibeli di gedung dan secara dalam talian

Koleksi boleh dibeli di gedung bermula 12 Mac 2021 dan secara dalam talian bermula 18 Mac 2021. Terhad kepada 2 unit bagi setiap artikel/pelanggan di gedung.