Langkau ke kandungan utama

Bawa lautan ke rumah dengan koleksi BLÅVINGAD

Diinspirasikan oleh minat kanak-kanak terhadap lautan, koleksi BLÅVINGAD direka bentuk untuk mencetuskan bermain dan sifat ingin tahu tentang habitat terbesar dunia, daripada kanak-kanak bertatih sehingga kepada remaja. Bahan dikitar semula, termasuk yang diperbuat daripada sampah plastik lautan (ocean-bound plastic - OBP), digunakan jika boleh.

Beli sekarang

Bermain demi masa depan

Ia hak setiap kanak-kanak untuk bermain, membangunkan diri dan berseronok. Ingin kami menghadiahkan peluang ini kepada lebih ramai kanak-kanak bersempena musim perayaan ini.

RM1 daripada setiap mainan terpilih IKEA yang terjual antara 27 Okt. hingga 27 Dis. akan disumbangkan kepada rakan kongsi badan amal setempat kami.

Beli sekarang

Leka bermain

Di IKEA, kami percaya bahawa bermain penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Koleksi termasuk set mainan kapal selam, mainan lembut yang sedap dipeluk serta seni dan kraf yang akan menggalakkan si kecil yang bersikap ingin tahu meneroka dunia.

Lihat koleksi penuh
Seorang lelaki muda bermain dengan set kapal selam BLÅVINGAD pada ambal haiwan lautan BLÅVINGAD diperbuat daripada plastik sampah lautan.
Seorang lelaki memegang mainan lembut ikan paus BLÅVINGAD di atas kanak-kanak sedang berbaring pada ambal BLÅVINGAD di sebelah katil dengan khemah katil KURA.
Lampu malam BLÅVINGAD berbentuk sotong kurita dinyalakan di bilik yang malap; lampu dinding BLÅVINGAD berbentuk penyu dinyalakan di atasnya.
Dua orang kanak-kanak sedang mewarnakan pemandangan lautan dengan ikan dan haiwan pada gulungan kertas mewarna BLÅVINGAD menggunakan pen hujung felt.
Jari kanak-kanak memicit dan meratakan bentuk lautan daripada doh berwarna-warni menggunakan pemotong doh bentuk BLÅVINGAD.
Lihat koleksi penuh

Dibuai mimpi yang indah

Koleksi BLÅVINGAD termasuk linen katil penuh dengan makhluk marin kegemaran kanak-kanak – penyu, penguin dan ikan paus berwarna biru keagungan. Diperbuat daripada kapas 100% atau campuran kapas, anak kecil anda dijamin tidur dengan tenang.

Seorang budak lelaki kecil tidur di dalam sarung duvet haiwan lautan BLÅVINGAD di katil KURA dengan khemah katil KURA.
Katil loteng SMÅSTAD berwarna putih dengan sarung duvet penguin BLÅVINGAD dengan penuh kusyen penguin BLÅVINGAD.
Mainan lembut BLÅVINGAD disusun di dalam dan di hadapan tingkap bulat dengan kusyen di dalam sarung kusyen haiwan lautan BLÅVINGAD.

Rakan lautan kita

Kami gunakan penemuan daripada Panel Penasihat Kanak-kanak untuk mencipta lima rakan yang comel berdasarkan haiwan marin kegemaran kanak-kanak, termasuk ikan lumba-lumba dan ikan paus. Ia teman yang sesuai dipeluk untuk bermain dan keselesaan.

Bebas untuk mengungkapkan diri anda

Apabila kanak-kanak menjadi lebih besar, ruang milik mereka penting untuk pengembaraan peribadi mereka. Tekstil ekspresif, aksesori dan permainan ilmiah mewujudkan syurga yang selamat untuk kanak-kanak menyelam ke dalam imaginasi mereka.

Seorang budak lelaki di katil dengan sarung duvet ikan paus BLÅVINGAD berpura-pura menjadi lanun; seorang budak lelaki lagi bermain di atas lantai.
Seorang budak lelaki dengan permainan memancing BLÅVINGAD di tempat duduk tingkap dengan kusyen di dalam sarung kusyen sotong kurita BLÅVINGAD.
Seorang budak lelaki dibaluti tuala kapas BLÅVINGAD dengan hud, berpura-pura menjadi ikan jerung di hadapan tingkap bulat.
Seorang gadis memakai beg galas BLÅVINGAD dengan aksesori dan botol diisi dengan jus di hadapan poket jejaring.
Seorang gadis, mewarnakan poster dunia, sedang duduk di atas lantai di sebelah katil dengan sarung duvet penyu BLÅVINGAD.

Tekstil untuk di tepi laut ke pantai

Koleksi BLÅVINGAD dipenuhi dengan tekstil diinspirasikan oleh lautan termasuk tuala dan kusyen. Berwarna biru dan hijau, aksesori lembut ini membawa lautan ke dalam ruang anak-anak anda.

Tuala mandi kapas 100% BLÅVINGAD dengan penyu berwarna-warni digantung pada rak kayu pada dinding berpanel kayu warna putih.
Kusyen berbentuk batu karang BLÅVINGAD pada kerusi berlengan buatan rotan dengan lampu malam sotong kurita BLÅVINGAD di penjuru bilik tidur yang bercahaya terang.

Aksesori yang mengambil kira lautan

Daripada storan sehingga isian kusyen, pelbagai produk BLÅVINGAD diperbuat daripada poliester dikitar semula (jika boleh daripada plastik sampah lautan diambil dari kawasan sehingga 50 km pedalaman dari pinggir laut kita).

Lihat koleksi penuh
Lihat koleksi penuh

Masa untuk mendengar apa yang disampaikan oleh kanak-kanak

Daripada Panel Penasihat Kanak-kanak IKEA 2020, kami mengetahui bahawa kanak-kanak sangat bimbang tentang lautan. Kanak-kanak mahukan orang dewasa mendengar ketakutan mereka kerana mengambil berat tentang lautan penting untuk planet.