Langkau ke kandungan utama

Laporan Kehidupan di Rumah 2021

Kami terpesona dengan kehidupan di rumah, dan itulah yang menjadikan kami IKEA. Setiap tahun, kami meminta ribuan orang untuk berkongsi pendapat dan perasaan mereka tentang tempat tinggal mereka. Kami ingin mengetahui perkara yang menjadikan kehidupan di rumah lebih baik, jadi kami dapat membantu orang ramai suka tinggal di situ. Ia merupakan projek penyelidikan yang berterusan yang rasanya lebih penting sekarang.

Seorang lelaki berjanggut sedang menghiburkan bayi yang tersenyum di atas katil.
Seorang lelaki berjanggut sedang menghiburkan bayi yang tersenyum di atas katil.

Lebih lanjut tentang penyelidikan kami

Kaedah

Laporan Kehidupan di Rumah tahunan kami ialah salah satu projek penyelidikan yang paling komprehensif seumpamanya di dunia. Kami meminta ribuan orang untuk memberitahu kami tentang keperluan dan impian mereka. Kami mengikuti setiap keluarga selama berbulan-bulan pada suatu masa. Kami berunding dengan pakar dan menjalankan penyelidikan dalam yang terperinci. Matlamat kami ialah untuk mendapat pemahaman yang lebih baik tentang makna kehidupan di rumah bagi kita semua.

Dimensi rumah

Ramai daripada kita menggambarkan rumah kita dengan bercakap tentang orang-orang yang kita tinggal bersama, barang-barang yang kita miliki, jumlah ruang yang kita ada dan tempat kita tinggal. Empat dimensi ini – hubungan, barang, ruang, tempat – membantu kita menerangkan cara rumah kita diatur dan jenis aktiviti yang biasa kita lakukan di situ. Ia mendedahkan betapa banyak persamaan yang kita ada, walaupun setiap rumah boleh kelihatan dan rasa sangat berbeza.

Keperluan emosi berada di rumah

Rumah bukan sekadar tempat – ia merupakan perasaan. Melalui penyelidikan kami, kami bertujuan mengetahui maksud sebenar seseorang apabila mereka bercakap tentang ‘perasaan berada di rumah’. Setakat ini, kami telah mengenal pasti lima keperluan emosi teras berhubung dengan kehidupan di rumah: privasi, keselamatan, keselesaan, pemilikan dan kekitaan. Apabila semua keperluan ini dipenuhi, kita lebih mudah berasa selesa berada di rumah.

IKEA Harmoni – Jadikan kehidupan anda tidak berserabut

Wujudkan keharmonian baharu dalam hidup anda. Ikuti tiga langkah mudah ini untuk menjadikan rumah anda tidak berselerak.