Langkau ke kandungan utama

Bilik darjah yang selamat dan mesra pembelajaran

Kita semua tahu bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah penting. Inilah sebabnya mengapa IKEA memandang serius tentang ini dengan mengutamakan keselamatan semasa mereka bentuk penyelesaian bilik darjah untuk sekolah tadika.

Perabot serba guna untuk kanak-kanak

Pilih perabot praktis yang tidak memberikan sebarang batasan untuk aktiviti pembelajaran anak-anak. Siri MAMMUT yang ringan namun mantap ini sesuai untuk kegunaan dalam dan luar.

Impian untuk Picasso seterusnya

Apabila kreativiti bermula, sehelai kertas ialah apa pelukis-pelukis muda perlukan. Kami melangkaui itu dengan menggantungkan gulungan kertas lukisan di dinding bagi membolehkan mereka rasa lebih seronok sambil mempamerkan karya agung mereka!

Pastikan sudut guru sentiasa kemas

Meja guru kadang-kadang boleh menjadi berselerak. Simpan semua dokumen di dalam kabinet TROTTEN untuk memastikan segala-galanya di tempatnya (supaya Picasso muda kita tidak dapat melukis di atasnya!).

Berguling-guling, balik kuang dan bermain melalui cara yang selamat

Kanak-kanak lebih sensitif, jadi ia menjadi tugas kita untuk memastikan bahawa tidak kira apapun aktiviti, mereka selamat. Tikar gim ini tidak mengandungi berbahaya pada kulit kanak-kanak. Selain itu, ia boleh dilipat dan menjimatkan ruang.

Dapur mainan untuk menggalakkan main peranan

Kanak-kanak suka meniru orang dewasa dan bermain peranan situasi harian. Ini cara yang menyeronokkan untuk kanak-kanak kecil memproses tanggapan, memahami dunia di sekeliling mereka dan berlatih menjadi manusia sosial.

Sudut kegemaran ulat buku cilik

Kanak-kanak boleh memilih buku kegemaran mereka yang seterusnya dari peragaan buku ketinggian mesra kanak-kanak pada bila-bila masa, tanpa perlu menunggu bantuan guru.

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami