Rekabentuk kedai coklat yang cukup menarik
Sentiasa kukuh dan menarik
Sistem storan BROR tahan lama, mudah dibersihkan dan terlindung daripada karat, kerana ia diperbuat daripada keluli tergalvani salutan serbuk. Disertakan dengan jaminan 10 tahun. Unit para-para dengan kabinet membolehkan barangan diperagakan di atas para-para dan lebihan stok disimpan di bawah di belakang pintu tertutup.
Kotak penuh nikmat
Letakkan barang-barang kecil yang berharga yang pasti menarik perhatian pelanggan semasa mereka menghampiri kaunter juruwang. Tempatkan kotak KNAGGLIG dan sangga pokok VANILJSTÅNG di dalam kelompok barang niaga istimewa yang wajar mendapat sedikit layanan khusus (dan juga perhatian pelanggan anda).
Pulau di dalam kedai
Bentukkan aliran pelanggan yang lancar dengan sebuah pulau di tengah-tengah kedai anda. Mengelompokkan beberapa bangku kerja BROR untuk menghasilkan bentuk yang sesuai dengan ruang kedai anda. Ia boleh dialih, agar anda boleh menyesuaikan ruang atau membaharui susun atur kedai bila perlu.
Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?
IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.