Langkau ke kandungan utama

Kedai bekalan jahitan

Pemilik kedai bekalan jahitan perlu merombak ruang bagi menampung keperluan perniagaan mereka yang juga termasuk ruang untuk kelas jahitan, dan pemprosesan pesanan dalam talian. Sudah tentu, memaksimumkan ruang perniagaan dengan cara yang paling cekap sentiasa menjadi kepakaran kami.

Troli diubah kepada pulau

Letakkan troli FÖRHÖJA bersama-sama bagi membentuk pulau untuk storan tambahan dan peragaan. Bagi menghangatkan suasana, tambahkan sinaran cahaya lembut daripada lampu MISTERHULT.

Stesen kerja berbilang fungsi

Satu tempat untuk semua keperluan pemilik kedai - menjahit, bekerja atau mengajar.

Susun seperti seorang profesional

Pastikan semua barangan kecil teratur dan mudah untuk pelanggan membeli-belah! Siri SKÅDIS kami ialah penyelesaian yang hebat untuk keperluan anda.

Ada beban berat? Tiada masalah

Para-para BROR yang kukuh dan tahan lasak sesuai untuk barangan berat yang setiap satu daripadanya boleh memuatkan sehingga 130 kg (dua kali ganda berbanding para-para standard).

Anda akan amat menyukainya!

Troli RÅSKOG muat di dalam ruang terkecil dan boleh digunakan sebagai storan tambahan untuk aksesori. Para-para tengah boleh laras juga!

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami