Langkau ke kandungan utama

Ruang restoran yang selesa dan berguna

Tiba masanya untuk meningkatkan tahap restoran makanan jalanan anda ke peringkat seterusnya. Melalui pemahaman tentang operasi harian perniagaan dan sedikit kreativiti, pereka dalaman kami telah membina restoran Southern Thai ini sebagai ruang perniagaan yang menarik lagi praktis untuk pemilik dan pelanggannya.

Kefungsian adalah kuncinya

Banyak perkara yang akan berlaku di sini - daripada menjual, melayan diri hingga kepada makan. Walaupun ruangnya kecil, namun restoran kecil ini mempunyai semua fungsi yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan harian.

Pusat perhatian

Gabungan storan ENHET ini menjadikan penyelesaian yang sesuai bagi kawasan jualan serta memastikan semua barangan memasak di tempatnya dan senang dicapai.

Reka bentuk kemas namun kukuh

Jika anda sedang mencari perabot yang tahan lama tetapi tidak memerlukan pelaburan yang besar - meja GRÅSALA adalah jawapannya. Meja tahan lama dan ringan ini berpadu dengan pelbagai gaya.

Gabung padan

Kerusi TEODORES yang berwarna-warni menambahkan beberapa elemen yang menyeronokkan. Bukan sahaja bagus untuk gabung padan, tetapi juga sesuai untuk perniagaan anda. Kerusinya ringan, boleh ditindan dan telah diuji untuk kegunaan awam.

Ada kalanya terlalu sibuk?

Daripada mengupah kakitangan tambahan, anda boleh mewujudkan kawasan layan diri yang membantu perniagaan anda berjalan lebih lancar dengan gabungan storan ENHET. Jangan lepaskan peluang untuk menjual lebih banyak dengan memaparkan produk sedia untuk ambil di dinding.

Menyenangkan secara visual

Ingin menjadikan makanan anda kelihatan lebih menarik? Cubalah lampu pendan TRETTIOEN yang tak makan dek zaman, ia memberikan anda pandangan yang memuaskan dan cahaya terarah di atas kaunter jualan.

Kari Thai sedia untuk dihidangkan

Mengapa membeli dulang makanan sedangkan anda juga boleh menggunakan periuk memasak anda untuk tujuan yang sama. Diperbuat daripada keluli tahan karat, periuk IKEA 365+ dengan penutup tahan lama dan mudah dibersihkan.

Menu hari ini

Daripada menggunakan papan kapur yang mengeluarkan habuk, anda boleh menulis (atau melukis) menu anda pada papan memo SÄVSTA dan menggantungnya dengan bingkai FISKBO untuk menghasilkan rupa yang kemas.

Tempat duduk tambahan untuk penghantar makanan

Meningkatkan lebih banyak jualan melalui platform penghantaran makanan? Bagus! Untuk menghasilkan ruang menunggu untuk penghantar, hanya gunakan kerusi boleh tindan MARIUS - simpannya sebagai satu di ruang yang sama ketika ia tidak digunakan.

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami