Langkau ke kandungan utama

Penyelesaian ruang sempit untuk kondominium satu bilik

Setiap orang memerlukan ruang tamu yang menepati gaya hidup mereka. Kami percaya terdapat banyak perkara-perkara hebat yang boleh dilakukan walaupun pada saiz bilik paling sempit - rahsianya ialah untuk benar-benar memanfaatkan ruang tersebut.

Gunakan dinding dengan lebih cekap

Di bilik ini kami menempatkan para-para dinding untuk storan tambahan/unit peragaan dan menggantung pembersih udara FÖRNUFTIG untuk melegakan ruang di lantai.

Praktis dan lestari

Bangku ringan ini boleh digunakan sebagai bangku kaki atau tempat duduk tambahan. Bukan sahaja mudah dialih dan ditindan malahan setiap bangku ALSEDA unik. Ia tenunan tangan daripada serat pisang yang kukuh.

Barangan disimpan di tempat terbuka

Peragakan barangan yang anda sayang di dinding dengan para-para terbuka ENHET. Ia juga memudahan akses pada barangan yang kerap digunakan - sesuai benar untuk tempat dobi.

Storan di setiap sudut

Gabungkan storan terbuka dan tertutup bagi membantu menghasilkan rupa yang unik malahan praktis untuk kegunaan yang berbeza-beza. Bagi memaksimumkan penggunaan ruang yang sempit, gunakan troli kecil VESKEN.

Kaunter yang kurang berselerak

Legakan ruang di permukaan kerja dapur dengan menggantung aksesori di selusur.

Fungsian pintar

Cangkuk lipat KLYKET boleh mengubah kawasan sempit di pintu masuk kepada ruang storan yang kecil untuk rantai kunci, beg dan barangan lain yang anda inginkannya berhampiran.

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami