Langkau ke kandungan utama

Pejabat berilhamkan ala Scandinavia

Apabila rumah kedai tradisional bertembung dengan reka bentuk dalaman ala Scandinavia yang moden, anda boleh pasti yang ia akan menjadi sebuah ruang pejabat yang unik. Di sinilah cara bagaimana kami mereka bentuk sebuah pejabat untuk sebuah syarikat logistik di ruang 2 tingkat mereka bertempat di dalam bangunan gaya kolonial. Berilhamkan warisan Scandinavia, reka bentuk pejabat mengungkapkan gaya ala Scandinavia dengan ruang kerja yang terang secara semula jadi dan lapang namun selesa.

Merangsang kreativiti anda

Ruang yang menginspirasikan mendorong kreativiti. hasilkan latar yang selesa, cerah, lapang untuk bilik pengurus dengan gabungan warna-warna hitam dan putih dan sedikit tekstur kayu.

Meja pengurus

Bahagian atas meja bentuk L yang lebar memberikan permukaan kerja yang luas dan membolehkan anda duduk pada jarak yang selesa dari monitor komputer. Dengan adanya ruang luas ia juga membantu apabila terdapat perbincangan pasukan di meja.

Keselesaan tempat duduk

Adanya sofa atau kerusi berlengan membantu mewujudkan suasana mesra di bilik pengurus semasa perbincangan santai dengan pasukan dan tetamu perniagaan.

Adanya cahaya yang menerangi

Lampu pendan ini mempunyai 3 terendak kaca hembus berwarna asap dengan terendak bahagian dalam daripada logam. Bersama-sama ia menghasilkan daya tarikan yang elegan yang menyediakan pencahayaan suasana yang lembut dan cahaya terarah di sudut bilik.

Kekal fokus

Apabila anda mempunyai zon mesyuarat di kawasan lapang, lampu pendan menambahkan keselesaan dan tumpuan pada zon. Tempat duduk dan penyandar kerusi ALEFJÄLL yang boleh dilaraskan memberikan keselesaan maksimum semasa mesyuarat yang panjang.

Rasa selesa di tempat kerja

Meja duduk/diri BEKANT dengan ketinggian boleh laras memberikan kedudukan kerja yang ergonomik. Mengubah posisi antara duduk dan berdiri membantu anda menggerakkan badan supaya anda berasa dan bekerja dengan lebih selesa.

Ruang kerja terbuka namun peribadi

Nikmati faedah dari kedua-dua situasi bekerja di ruang terbuka dengan sedikit privasi. Skrin EILIF boleh dipasangkan pada meja BEKANT bagi mewujudkan ruang peribadi untuk individu semasa mereka bekerja bersama-sama dalam ruang yang sama.

Pintu masuk yang menarik

Serikan kawasan pintu masuk dengan warna cerah. Terdapat pilihan 4 sarung bagi kerusi berlengan EKERO, anda boleh memilih yang sepadan dengan warna korporat anda.

Bawakan sedikit perubahan pada tempat kerja

Bangku bar JANINGE yang diletakkan di kaunter bar yang menggabungkan reka bentuk, fungsi dan kualiti dalam satu kerusi, bertindak sebagai pilihan tempat duduk tambahan untuk bekerja atau makan.

Cerah menyerlah

Reka bentuk lampu NYMÅNE yang tak lapuk dek zaman mempunyai gaya dan berpadu dengan kebanyakan hiasan. Gunakannya untuk menyerlahkan ciri penting dalam pejabat anda.

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami