Ruang kerja terbuka yang fleksibel
Pasukan anda akan berterima kasih kemudian
Dari segi kerja, kerusi pejabat yang hebat adalah penting. Pilih kerusi yang membolehkan rakan sekerja anda duduk dengan selesa semasa bekerja. Anda boleh yakin bahawa tidak kira betapa sukarnya kerja itu, sekurang-kurangnya belakang mereka tidak akan letih.
Siapa yang tidak suka sofa yang cantik dengan penjagaan yang mudah
Sofa PÄRUP kami akan menjadi cinta pandang pertama pada semua orang! Tambah meja kopi tahan kotor untuk penampilan yang lengkap bagi mengalu-alukan pelanggan anda. Rakan sekerja anda juga boleh menggunakan ruang ini untuk berehat. Bagus, kan?
Pastikan pejabat anda tersusun kemas agar lebih produktif
Ia tidak akan menjadi satu masalah jika pejabat anda mempunyai banyak barang tambahan. Anda masih boleh menikmati pejabat yang tersusun kemas dengan kabinet yang membolehkan anda menyimpan bekalan pejabat di belakang pintu. Percaya atau tidak, pejabat yang kemas juga boleh meningkatkan produktiviti semua orang!
Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?
IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.