Pusat kawalan inovatif mengkhusus pada kelestarian

Wajah dengan manfaat yang tidak kelihatan
Kayu oak ialah kayu keras yang menggelap dengan indah mengikut usia. Atas meja MÖRBYLÅNGA ada lapisan atas kayu oak padu 3 milimeter dilekap pada papan partikel - cara cekap sumber dalam menggunakan bahan kayu pada perabot. Kemasan berkualiti tinggi tahan lama dan menjadikan setiap meja unik.
Bukan sekadar storan
Bagi memaksimumkan penggunaan ruang, almari 8 laci NORDLI bukan hanya memastikan bilik persidangan tidak berselerak, malahan ia menyediakan sudut yang selesa untuk duduk juga. Tambahkan keselesaan dan aksesori dengan kusyen IKEA, diperbuat daripada kapas 100% dengan isian poliester kitar semula 100%. Dengan menggunakan bahan kitar semula, penggunaan bahan mentah baharu dan impak terhadap persektaran dapat dikurangkan.
Ubah tenaga di bilik
Letakkan lampu sorot pada pesanan korporat yang penting melalui gaya yang bijak dan tak lapuk dek zaman. Lampu NYMANE berpadu dengan kebanyakan dekor. Lengkapkan dengan mentol SOLHETTA LED yang cekap tenaga dan tahan lama, membolehkan anda berhemah ke atas pengantian dan elektrik.
Tiada cahaya matahari? Tiada masalah
Apabila anda mempunyai tiang kosong, mengapa tidak meliputinya dengan jambangan tumbuhan tiruan FEJKA? Tiada tangan dingin atau air (atau cahaya matahari) diperlukan untuk memastikan ia kelihatan segar di ruang bawah tanah. Ia juga menyenangkan mata yang memandang selepas mesyuarat yang panjang.
Perkara kecil juga penting
Ada kalanya, perincian membuat perbezaan. Dengan rona terang dan expresi yang pelbagai, ambal pail rendah NOVLING membantu menyelesakan suasana. Diperbuat daripada poliester kitar semula daripada botol PET, ambal ini sudah berakar umbi dalam kelestarian. Jangan lupa untuk menyediakan tempat duduk untuk tetamu tambahan - bangku panjang MÖRBYLÅNGA bukan hanya sebagai hiasan, bahkan cara mesra untuk membuatkan tetamu ada rasa dialu-alukan.
Semuanya terkawal
Pusat kawalan tempat ia semuanya terjadi, memerlukan ruang yang tenang dan tersusun untuk bekerja. Mengawal selerakan dengan sistem pemparaan tahan lama BROR, sangat sesuai untuk kelengkapan berat kerana ia boleh menampung 95 kilo. Khususkan sebuah dinding untuk memperagakan nota penting dan barangan yang anda perlu awasi dengan menggunakan papan memo SVENSAS. Tabiat berkongsi penggunaan barangan alat tulis yang tidak diperlukan sepanjang masa hendaklah digalakkan - bod pepaku SKÅDIS, para-para dan bekas membantu memastikan semuanya dalam keadaan teratur.
Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?
IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.