Langkau ke kandungan utama

Cara mewujudkan suasana seperti di rumah di dalam pejabat

Persekitaran kerja yang membuatkan orang berasa selesa biasanya produktif. Jadi, bagaimanakah anda mengoptimumkan keselesaan rakan sekerja? Salah satu jawapannya ialah melibatkan dan menyenangkan seberapa banyak deria yang boleh. Untuk mendapat lebih banyak petua amali, bersandar dan teruskan membaca.

Bahagian sofa JÄTTEBO di kiri kanan pembahagi ruang rotan TOLKNING, semuanya di bawah dinding yang penuh dengan kerja seni berbingkai.
Bahagian sofa JÄTTEBO di kiri kanan pembahagi ruang rotan TOLKNING, semuanya di bawah dinding yang penuh dengan kerja seni berbingkai.

Sediakan zon selesa

Gabungkan satu ruang santai (atau beberapa) sebagai sebahagian daripada hari kerja yang aktif. Untuk berehat dan bersosial, secara semula jadi, tetapi juga sebagai ruang kerja alternatif. Jangan berasa malu. Tambahkan tekstil, warna dan bahan lembut. Hias dan atur untuk pencahayaan yang boleh diubah.

Lihat semua meja komputer riba
Meja komputer riba BJÖRKÅSEN berwarna kuning air dekat dengan sofa JÄTTEBO berwarna kelabu-kuning air yang mempunyai banyak tekstil. Sebaris kerja seni berbingkai tergantung di atas sofa itu.
Lihat semua meja komputer riba

Lengkapi dengan kerja seni dan bunyi

Khaskan tempat, seperti dinding ini, di mana ekspresi kreatif merupakan norma. Lebih banyak, lebih baik. Jika anda ada banyak kerja seni, gunakan peletakan untuk mewujudkan keharmonian visual. Dilakukan dengan betul, skrin TV dan pembesar suara WiFi (jika ia telah dihias, lebih baik lagi) bersepadu dengan motif yang menyamankan.

Lihat semua pembesar suara WiFi
Kerja seni berbingkai dan bingkai gambar dengan pembesar suara WiFi SYMFONISK menutupi dinding yang disinari cahaya matahari samar-samar di atas sofa JÄTTEBO dengan tekstil.
Lihat semua pembesar suara WiFi

Tambah penetap suasana yang berfungsi

Jadikan perabot pejabat anda indah! Kebanyakan perabot boleh dihias dan masih melakukan tugas lain. Pembahagi ruang yang mempunyai dua fungsi ini sedap dipandang dari semua arah. Sebelah yang menghadap pejabat lebih berorientasikan kerja, sebelah lagi membayangkan aktiviti yang lebih santai. Bolehkah anda rasa ketenangan tersebar?

Lihat semua lampu meja
Ruang luas yang mempunyai unit rak KALLAX yang menyimpan buku dan bakul serta dengan lampu PILBLIXT yang dinyalakan di atasnya berfungsi sebagai pembahagi ruang.
Lihat semua lampu meja

Amalan hijau

Cara yang mudah, tetapi sangat berkesan. Penuhi pejabat anda dengan jambak bunga yang mengagumkan, vas indah dan pasu yang banyak sekali. Untuk ruang yang mendapat cahaya siang terhad atau jika anda ingin meminimumkan penjagaan – buat taman tumbuh-tumbuhan tiruan. Tumbuh-tumbuhan hijau dalam apa jua bentuk menggalakkan kesejahteraan, jadi biarkannya tumbuh dengan bebas.

Lihat semua vas
Jambak bunga yang berdaun lebat di dalam vas kaca jernih BERÄKNA yang terletak di atas meja kopi JAKOBSFORS di ruang santai yang disinari cahaya matahari samar-samar.
Kaki pokok SATSUMAS yang menampung majalah dan pasu terletak di antara sofa JÄTTEBO dan tingkap dengan tumbuh-tumbuhan yang berdaun lebat.
Lihat semua vas

Prihatin terhadap suasana

Sediakan ruang yang dikhaskan untuk bertafakur, merasai ketenangan yang bersungguh-sungguh atau hanya mengasingkan diri buat seketika. Sama ada ia dilengkapi dengan rak buku, tekstil yang tergantung longgar atau lain-lain, ia sangat berkesan untuk keharmonian keseluruhan ruang kerja.

Lihat semua rak buku
Langsir yang terbuka terus ke ruang yang mempunyai sofa JÄTTEBO, lampu lantai NYMÅNE dan rak buku BILLY penutup dinding yang penuh dengan buku.
Lihat semua rak buku

Berlengah-lengah untuk pulang ke rumah

Rancang untuk mewujudkan suasana yang membuatkan rakan sekerja tiba dengan senyuman ikhlas. Dan juga membuatkan mereka sanggup berada di pejabat selepas waktu kerja sekali-sekala. Bukan untuk kerja tambahan, tetapi untuk kualiti hidup. Ini merupakan situasi sama menang. Lagipun, perkara yang baik untuk orang juga baik untuk perniagaan.

Lihat semua meja bar
Ruang yang menunjukkan seorang sedang bermain pingpong di sebelah kombinasi meja bar dan bangku bar RÖNNINGE kayu birch di bawah tingkap besar.
Lihat semua meja bar