Langkau ke kandungan utama

6 langkah mudah ke arah persediaan meja yang unggul

Sebahagian besar semua kerja pejabat adalah berpusat pada ruang kerja individu. Menjadikannya ergonomik adalah penting, tetapi apakah faktor-faktor lain yang juga penting? Untuk mendapatkan inspirasi dan bantuan, inilah panduan untuk persediaan yang dirancang dengan baik, menarik dan berpatutan harganya. Memandangkan penyelesaian ini juga boleh diluaskan, ia sama berguna untuk perniagaan yang baru bermula dan sudah berkembang.

Ruang kerja yang berpusat pada meja duduk-berdiri TROTTEN di antara kabinet dengan pintu gelangsar TROTTEN berwarna putih dan tingkap yang mempunyai tumbuh-tumbuhan.
Ruang kerja yang berpusat pada meja duduk-berdiri TROTTEN di antara kabinet dengan pintu gelangsar TROTTEN berwarna putih dan tingkap yang mempunyai tumbuh-tumbuhan.

1. Sayangi bahagian belakang anda

Kerja pejabat selalunya dikatakan kerja yang memerlukan anda duduk berjam-jam lamanya. Walau apa pun bidang kerja anda, duduk untuk tempoh yang panjang patut diberi kerusi yang baik. Seperti kerusi pejabat HATTEFJÄLL. Mudah dilaraskan dan dengan sokongan yang amat baik. Semuanya dihasilkan dalam gaya abadi yang bersepadu dengan indah dengan hampir apa jua hiasan dalaman.

Lihat semua kerusi pejabat
Bahagian dalam pejabat yang disinari cahaya matahari samar-samar dengan tumbuh-tumbuhan di atas ruang kerja yang mempunyai meja duduk-berdiri TROTTEN dan kerusi pejabat HATTEFJÄLL.
Lihat semua kerusi pejabat

2. Cari meja yang boleh digunakan semasa duduk dan berdiri

Ruang kerja yang betul-betul ergonomik ialah ruang kerja yang membolehkan anda mengubah kedudukan tubuh secara berselang-seli, terutamanya antara duduk dan berdiri. Dengan cara itu, meja yang ketinggiannya boleh dilaraskan dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan juga produktiviti. Apabila ditinggikan, alas berdiri FREIVID dapat melegakan tekanan pada lutut dan bahagian belakang anda.

Lihat semua meja berdiri
Ruang kerja yang disinari cahaya matahari yang mempunyai meja duduk-berdiri TROTTEN di antara kabinet dengan pintu gelangsar TROTTEN berwarna putih dan tingkap yang mempunyai tumbuh-tumbuhan.
Lihat semua meja berdiri

3. Tetapkan pencahayaan yang sesuai untuk hari kerja yang baik

Cahaya yang sesuai semasa bekerja – seperti jenis cahaya putih diperkaya biru daripada lampu kerja NYMÅNE – merangsang otak, kecerdasan dan prestasi anda. Akan tetapi, ada kalanya anda memerlukan kurang cahaya. Mendapat cahaya siang merupakan rahmat, terutamanya apabila ditapis menerusi daun-daun hijau, tetapi lengkapinya dengan bidai untuk menapis cahaya matahari terik.

Lihat semua lampu kerja
Tumbuhan EPIPREMNUM dan tumbuhan lain di dalam pasu gantung CHILISTRÅN berwarna putih di tepi tingkap yang disinari cahaya matahari yang mempunyai bidai berongga HOPPVALS berwarna putih.
Ruang kerja pejabat yang mempunyai koleh kaca jernih IKEA 365+ dan lampu kerja NYMÅNE di atas meja di tepi tingkap yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang berdaun lebat.
Lihat semua lampu kerja

4. Miliki alat untuk setiap tugas dekat dengan anda

Penyusun meja ialah cara yang sangat mudah untuk menyimpan barang-barang yang anda perlukan dengan teratur. Selain mudah diambil dan kelihatan. Mengumpulkan aksesori yang selalu anda gunakan juga menjadikannya lebih fleksibel – mudah dibawa bersama ke mana saja anda pergi.

Lihat semua penyusun & aksesori meja
Bahagian dalam pejabat dengan penyusun meja DRÖNJÖNS berwarna putih yang penuh dengan buku nota dan aksesori kerja, di sebelah fail majalah.
Lihat semua penyusun & aksesori meja

5. Mudahkan datang dan pergi

Sama ada pejabat anda mempunyai tempat kerja yang ditetapkan atau disesuaikan untuk bekerja secara hibrid, semua orang mendapat faedah daripada tempat yang teratur. Kotak pengurusan kabel memastikan meja bersih dan kabel tersembunyi. Satu lagi cara mudah untuk menumpukan perhatian kepada kerja, skrin EILIF membantu meminimumkan bunyi bising dan alih perhatian pandang (sementara berfungsi juga sebagai papan kenyataan).

Lihat semua produk pengurusan kabel
Bekas surat DRÖNJÖNS ditindankan di atas para di sebelah ruang kerja yang dilengkapi dengan kotak pengurusan kabel berpenutup SÄTTING.
Lihat semua produk pengurusan kabel

6. Tarik nafas panjang dan bertenang

Bersikap prihatin terhadap aspek kurang ketara kehidupan di pejabat betul-betul boleh membuat perbezaan. Lagipun, pejabat bukan sekadar perabot dan kerja-kerja menulis. Seperti pembersih udara yang meningkatkan kesejahteraan rakan sekerja. Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, banyak jenis tumbuh-tumbuhan – hidup dan tiruan – sangat berkesan untuk perasaan dan juga kreativiti.

Lihat semua pembersih udara & aksesori
Tumbuh-tumbuhan yang berdaun lebat dan pembersih udara UPPÅTVIND di ambang tingkap yang disinari cahaya matahari di atas meja yang mempunyai lampu kerja NYMÅNE dan aksesori pejabat.
Lihat semua pembersih udara & aksesori