Langkau ke kandungan utama

6 idea untuk mengoptimumkan ruang kerja hibrid

Seperti yang kita tahu, pejabat sekarang mengalami perubahan. Corak ulang-alik baharu, kerja jarak jauh serta keperluan waktu dan ruang yang berbeza memerlukan pendekatan yang lebih fleksibel. Di sini, kami menyenaraikan petua terbaik kami untuk cara anda menyediakan ruang kerja yang boleh disesuaikan dengan apa-apa saja pada masa bekerja di mana anda berada ini.

Pejabat yang disinari cahaya matahari samar-samar yang mempunyai meja duduk-berdiri TROTTEN yang dilengkapi dengan sangga komputer riba VATTENKAR dan para-para meja VATTENKAR.
Pejabat yang disinari cahaya matahari samar-samar yang mempunyai meja duduk-berdiri TROTTEN yang dilengkapi dengan sangga komputer riba VATTENKAR dan para-para meja VATTENKAR.

Bolehkan kerja tertumpu – namun manfaatkan sepenuhnya ruang anda

Skrin meja membolehkan anda mengadang ruang kerja individu melalui cara penggunaan ruang yang cekap. Selain meminimumkan bunyi bising dan alih perhatian pandang, ia juga berfungsi sebagai papan kenyataan yang berguna. Walaupun begitu, rakan sekerja dapat berhubung sesama mereka dengan mudah, apabila perlu, untuk mendapat jawapan segera serta merancang waktu makan tengah hari.

Lihat semua produk pengurangan bunyi bising
Bahagian dalam pejabat yang cerah dengan ruang kerja meja TROTTEN yang terletak sebelah-menyebelah dibingkaikan oleh skrin untuk meja EILIF berwarna kelabu dan tumbuh-tumbuhan yang berdaun lebat.
Lihat semua produk pengurangan bunyi bising

Sediakan dinding penyelamat

Kita semua mengetahuinya. Aksesori harian yang kita tidak perlukan sepanjang masa – tetapi apabila kita memerlukannya, ia sangat penting. Sediakan ruang khas yang mudah diakses untuk menyimpan kelengkapan yang dikongsi. Selain mengurangkan keperluan untuk memiliki berbilang set, akan terdapat kurang keadaan berselerak di atas meja individu.

Lihat semua papan penyepit
Papan penyepit SKÅDIS berwarna putih yang dilekapkan pada dinding, menyimpan gunting, kabel dan aksesori pejabat lain dengan teratur di bawah lampu dinding NYMÅNE.
Lihat semua papan penyepit

Duduk dan berdiri mengikut kesukaan anda

Meja yang ketinggiannya boleh dilaraskan adalah ideal untuk pejabat yang pekerjanya berkongsi meja, membolehkan sesiapa saja menyesuaikan tinggi meja itu dengan pantas. Lebih baik lagi, mengubah kedudukan tubuh secara berselang-seli sepanjang hari diketahui dapat mengurangkan tekanan pada tubuh anda dan pada umumnya baik untuk kesihatan anda.

Lihat semua meja berdiri
Ruang kerja yang berpusat pada meja duduk-berdiri TROTTEN, terletak di antara kabinet dengan pintu gelangsar TROTTEN berwarna putih dan tingkap.
Lihat semua meja berdiri

Sila tinggalkannya seperti yang anda jumpainya

Beri setiap orang bakul atau penyusun supaya barang-barang peribadi mereka – kertas kerja, alat elektronik atau aktiviti waktu rehat kegemaran mereka – terkumpul dan mudah alih. Ini berfungsi dua kali ganda. Masa terbuang apabila datang dan pergi diminimumkan, dan anda menyimpan semua barang anda dengan teratur.

Lihat semua bakul
Ruang kerja yang disinari cahaya matahari samar-samar dengan bakul RISATORP berisi aksesori terletak di atas meja di bawah ambang tingkap yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan.
Lihat semua bakul

Aturkan tempat letak untuk barang-barang peribadi

Dalam komuniti kerja bersama atau pejabat yang boleh berubah, sesetengah barang tergolong dalam kategori antara pakaian luar dan benda-benda yang anda mahu ada dekat dengan anda sepanjang masa. Luangkan tempat untuknya (atau keadaan akan menjadi berselerak). Seperti dinding storan kolektif ini – lengkap dengan unit storan beroda yang juga berfungsi sebagai tempat duduk sementara.

Lihat semua unit storan & kabinet pejabat
Dinding yang disinari cahaya matahari dengan kotak BULLIG buluh dan kotak-kotak lain di dalam unit rak KALLAX yang terlekap pada dinding di atas sebaris unit storan beroda TROTTEN.
Lihat semua unit storan & kabinet pejabat

Galakkan orang ramai untuk merayau-rayau

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya: Meja memang hebat, tetapi ia bukanlah segala-galanya. Sebanyak mungkin, beri rakan sekerja peluang untuk merayau-rayau, ruang kerja yang tidak dicartakan untuk diterokai, tempat duduk empuk untuk dinikmati.

Lihat semua meja komputer riba
Seorang sedang duduk di atas sofa dengan komputer di atas sokongan komputer riba ÖJULF, dekat dengan meja kopi yang mempunyai botol air ENKELSPÅRIG.
Lihat semua meja komputer riba