Langkau ke kandungan utama

Tempat peranginan pulau yang mempesonakan

Tempat untuk mencari ketenangan yang terletak di pulau yang indah, tempat peranginan ini menawarkan tetamu pengalaman tersendiri di setiap satu bilik. Dari Istana Maghribi yang mempesonakan hingga ke hutan belantara Madagaskar yang tidak berusik, lihat cara pereka dalaman kami mereka bentuk secara teliti tempat yang menghasilkan kenangan abadi untuk tetamunya.

Selamat datang ke kelab

Rumah kelab ialah tempat yang memberikan tanggapan pertama dan untuk saling bercerita tentang kisah perjalananan masing-masing. Suasana dalaman yang cerah dan menarik boleh membuatkan tetamu anda berasa seperti di rumah sebaik sahaja mereka melangkah masuk.

Jangan terlepas pandang koridor

Koridor yang sempit boleh dijadikan peluang swafoto apabila hiasan dinding sepadan dan jenis pencahayaan yang betul digunakan.

Pilih tempat duduk anda

Tambahkan kepelbagaian pada ruang dengan menggunakan jenis tempat duduk yang berbeza-beza. Perabot yang diperbuat daripada rotan tenunan tangan membentuk ciri uniknya sendiri dan lama kelamaan menjadi semakin indah.

Anda akan dilayan sebentar lagi

Memastikan ruang sambutan ringkas dan bersih menjadikan tetamu anda rasa tenang dan selesa sambil anda memenuhi keperluan mereka – Minuman alu-aluan juga membantu, apabila keadaan menjadi terlalu sibuk.

Menganjurkan acara

Dewan serbaguna ini sesuai untuk menganjurkan persidangan, bengkel dan seminar. Kerusi kayu birch yang ringan ini menimbulkan seri pada bilik di samping juga memberikan sokongan lumbar yang baik. Perlukan ruang untuk acara lain? Tindankannya dan susun semula jadual. Senang macam kacang.

Bilik suite keluarga

Direka bentuk untuk menampung keluarga dan kumpulan besar, bilik suite ini bertumpukan pada keselesaan dan kebersamaan. Setiap bilik bertemakan pantai atau pulau yang terkenal dan mempunyai kisah tersendiri untuk diceritakan.

'Bahamas the Caribbean'

'Escape to Madagascar'

'The Moroccan Palace'

Unit studio

Untuk pengembara solo atau pasangan yang sedang dalam percutian romantis, ruang kecil ini akan membawa anda kepada satu pengembaraan besar. Maldives atau Bahamas? Bilik kami mungkin padat, tetapi kami akan melayarkan anda ke sana tanpa berkompromi tentang keselesaan.

'Marvelous Maldives'

'Las la belleza Cancun'

'Tantalizing Turks and Caicos'

Pejabat pengurusan

Disebalik tabir

Tersorok di sudut bangunan ialah pejabat minimalis tempat urusan-urusan pentadbiran harian dilakukan dan keputusan perniagaan penting dibuat.

Ia hitam, ia putih

Penggunaan warna hitam dan putih memberikan ruang wajah yang ringkas dan profesional, menjadikannya lebih mudah untuk kekal fokus.

Semuanya ada tempatnya

Siapa yang tidak suka pejabat yang tidak berselerak? Kabinet TROTTEN ini sesuai untuk memastikan ruang agar sentiasa kemas. Simpan fail dan dokumen di rak terbuka dan barang curai di sebalik pintu tertutup.

Perjelaskannya

Kerusi lut sinar ini menambahkan sentuhan anggun dan berkelas pada pejabat anda. Reka bentuknya yang jelas mudah digabungkan dengan sebarang hiasan, membolehkan unsur-unsur di sekelilingnya menyerlah.

Hei, apa khabar?

Tidak semua perbualan perlu dilakukan dalam suasana yang formal. Sudut kasual ini menetapkan mood yang tepat untuk perbualan ringan atau sesi sumbang saran pantas.

Dewan Serbaguna

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami