Langkau ke kandungan utama

Asrama Kram

Katil boleh tindan UTÅKER boleh disesuaikan dan ideal untuk asrama. Ia boleh diubah kepada katil kelamin, katil berkembar atau sofa penjuru untuk memuatkan jumlah tetamu yang berbeza-beza.
Mewujudkan suasana yang tenang dan sederhana di asrama anda bagi membantu para tetamu berasa selesa dan seperti di rumah dengan lidi wangi hiasan yang membantu mereka berehat dan tidur lebih lena.
Sediakan almari pakaian fungsian yang boleh digunakan tetamu sebagai penyangkut pakaian dan para-para untuk beg dan kelengkapan dandanan diri. Tambahkan cermin dan lampu meja untuk menjadikan ruang persalinan sederhana ini nampak lebih bergaya.
Ubah kombinasi storan HÄLLAN dengan pintu kepada loker peribadi untuk menyimpan barang peribadi. Kabinet boleh dikunci dengan mangga standard agar para tetamu dapat menyimpan barang mereka dengan selamat.
Reka sebuah stesen pengecasan dengan para-para dinding LACK yang berfungsi sebagai meja kerja untuk mengecas telefon, kamera, dan tablet. Ini membolehkan para tetamu menggunakan alatan mereka semasa mengecas. Sediakan untuk tetamu suatu sudut yang fleksibel dan santai dengan meja sisi LACK dan bangku ALSEDA yang ringan dan mudah dialih.
Keadaan sekeliling yang bising boleh mengganggu para tamu ketika mereka tidur. Bantu tetamu anda untuk mendapatkan tidur malam yang lena dan tanpa gangguan dengan panel penyerap bunyi ODDLAUG.
Tingkatkan pengalaman tetamu anda di asrama anda dengan menyediakan hadiah alu-aluan dan kelengkapan dandanan diri. Tanda penghargaan yang tidak seberapa namun meninggalkan kesan yang mendalam.

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami