Langkau ke kandungan utama

Lobi hotel bereka bentuk moden yang selesa

Lobi hotel memainkan peranan penting dalam melahirkan tanggapan pertama dan juga terakhir sesuatu inap. Terdapat banyak aktiviti yang berlaku di tempat ini, daripada mendaftar masuk/keluar, menyediakan maklumat dan perkhidmatan, bersantai dan melepak, dan senarainya yang tiada ada penghujungnya. Terokai bagaimana kami mereka bentuk ruang untuk menampung keperluan sebegitu bagi membantu perniagaan anda berjalan lancar di samping mewujudkan suasana yang menenangkan dan selesa untuk para tetamu.

Titik sentuh yang pertama

Fungsian dan identiti perniagaan merupakan tumpuan utama di sini. Selain daripada hiasan yang menarik yang mencerminkan perniagaan ini, ruang ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan operasi harian dan menjadikannya menarik untuk tetamu.

Satu fungsian dua manfaat

Perkhidmatan pelanggan yang hebat datangnya daripada kakitangan yang sejahtera. Kerusi pejabat ALEFJÄLL yang bereka bentuk ergonomik ini memberikan keselesaan yang secukupnya untuk penyambut tamu anda dan mengekalkan mereka dalam keadaan gembira secara fizikal pada sepanjang kerja giliran.

Tempat relaks yang ada kelas

Mengalu-alukan tetamu anda dengan keselesaan hotel anda dengan sofa kulit klasik LANDSKRONA ini. Bukan saja menarik, malahan mudah dijaga.

Galeri dinding dengan ciri yang tersendiri

Dihasilkan daripada kabinet kiub EKET kami yang menjadikannya sudut yang sesuai untuk segala-galanya yang ingin anda peragakan. Cara yang menyeronokkan dan berpatutan untuk menghasilkan galeri sebegitu unik.

Persekitaran yang lebih nyaman

Wujudkan suasana yang tenang dan selesa dengan lampu pendan GRINDFALLET. Cahaya yang menerangi menembusi terendak lampu bertali ini lalu membentuk corak hiasan di dinding.

K eselesaan yang boleh diharap

Kerusi berlengan EKERÖ ini memastikan tetamu anda berasa selesa pada bila-bila masa mereka duduk walaupun hanya untuk seminit dua sambil menanti untuk mendafar masuk/keluar.

Tempat untuk membasahkan tekak

Tanpa mengira saiz lobi hotel anda, menyediakan sedikit minuman masih merupakan satu kemestian. Ia tidak perlu beragam. Yang penting adalah untuk membuatkan tetamu anda berasa senang dan cukup segar.

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami