Ruang tumpuan tinggi dengan sentuhan moden
Apabila firma anda memerlukan kawasan tumpuan tinggi dan kerja mestilah tepat, kemas dan teratur, cuba susun stesen kerja di sekitar tumpuan utama di bahagian tengah. Cahaya, warna-warna neutral dan kayu yang hangat menambahkan ketenangan, memberi semua orang ruang yang mencukupi untuk meneruskan kerja mereka.
Perabot storan fleksibel dapat membantu mengurangkan keadaan berselerak di sekitar meja. Kabinet storan BEKANT berfungsi sebagai penyusun atur dokumen, para yang berguna dan kerusi tambahan secara serentak. Tambah kunci pintar tanpa anak kunci ROTHULT untuk membantu menyimpan keperluan pejabat dengan selamat dan terjamin.
Manfaatkan sepenuhnya cahaya semula jadi dengan menempatkan stesen kerja untuk dua orang di tepi tingkap. Hanya letakkan sepasang meja penjuru BEKANT menghadap satu sama lain, tambah kerusi JÄRVFJÄLLET yang selesa dan lampu kerja RANARP berarah untuk membantu mewujudkan kawasan tumpuan ergonomik yang mempunyai pemandangan.
Bilik mesyuarat yang nyaman dan mesra membuatkan semua orang berasa selesa. Perabot berbilang fungsi seperti lampu dengan pembesar suara WiFi SYMFONISK dan unit storan beroda BEKANT dapat membuat ruang itu bekerja lebih keras. Pengurusan kabel terbina dalam di meja persidangan BEKANT membantu memastikan kord sentiasa kemas.



