Langkau ke kandungan utama

Idea untuk kafe komuniti

Sama ada anda mengalu-alukan pelanggan untuk minum kopi pada waktu pagi dan makan tengah hari, atau mengadakan acara menyeronokkan pada waktu petang (atau kedua-duanya), meja dan kerusi luar bangunan yang ringan dan versatil ini akan membantu mewujudkan rumah-dari-rumah yang selesa untuk semua pelanggan anda, siang dan malam.

Laman kafe dengan kerusi dan meja SUNDSÖ berwarna kelabu dan hijau serta beberapa meja sebaris menghadap ke luar. Payung terbuka di satu sisi.
Laman kafe dengan kerusi dan meja SUNDSÖ berwarna kelabu dan hijau serta beberapa meja sebaris menghadap ke luar. Payung terbuka di satu sisi.

Kerusi dicipta untuk masyarakat kafe

Dengan mekanisme lipatnya yang mudah, kerusi ini sedia untuk persediaan pagi yang lancar dan mudah dikemas pada penghujung hari. Diperbuat daripada keluli bersalut serbuk, ia tahan lama dan mudah dijaga, serta dengan jaminan 10 tahun untuk kegunaan luar bangunan – memastikannya ia diutamakan dalam kehidupan kafe anda dalam masa yang lama.

Laman luar bangunan kafe dengan kerusi dan meja SUNDSÖ dilipat dan disandarkan pada tingkap pada penghujung hari.

Tempat duduk yang sesuai untuk semua orang

Pilih meja dan kerusi yang memberi pelanggan anda kefleksibelan apabila memerlukan tempat duduk. Ini boleh diatur dengan mudah untuk kumpulan yang lebih besar ataupun seseorang sedang minum sendirian. Tambah payung untuk lebih perlindungan daripada cahaya matahari pada hari yang cerah.

Sebuah meja dan dua kerusi SUNDSÖ pada teres kafe dengan satu botol dan satu gelas di atasnya serta beg di atas lantai di sebelahnya.

Dalam bangunan yang hebat

Wujudkan suasana seperti di rumah di dalam kafe anda dengan menggabungkan meja berwarna hitam yang kukuh dengan kerusi diperbuat daripada kayu birch untuk rupa yang menarik dan anggun. Meja-meja ini memberi pelanggan banyak ruang untuk bersantai dan menikmati hidangan ringan atau kopi, dan terdapat juga pencangkuk berguna untuk memastikan barangan peribadi tidak perlu diletakkan di atas lantai.

Lihat semua perabot kafe
Meja STENSELE diletakkan pembancuh kopi dan cawan dengan dua kerusi RÖNNINGE diperbuat daripada kayu birch di sekelilingnya, di tingkap di dalam kafe.
Lihat semua perabot kafe

Lampu untuk malam yang panjang dan selesa

Apabila tiba waktu senja, tingkatkan suasana malam dengan meletakkan lampu LED gaya klasik ini di atas setiap meja. Mentol yang boleh dimalapkan bermaksud lampu yang boleh dilaraskan untuk aktiviti seperti membaca, berbual atau menjamu selera.

Lihat semua pencahayaan luar bangunan
Lampu LED STORHAGA di atas meja SUNDSÖ berwarna kelabu di luar kafe dengan alas THORGUN berwarna biru muda di belakang kerusi.
Lihat semua pencahayaan luar bangunan

Alas untuk mengawal kesejukan

Jika cuaca menjadi lebih sejuk jangan biarkan ia merosakkan petang yang indah. Alas yang lembut dan selesa ini sentiasa ada untuk memberi pelanggan anda lapisan tambahan kehangatan supaya mereka boleh terus melepak bersama-sama.

Lihat lebih banyak selimut & alas
Alas THORGUN berwarna biru muda di belakang dua kerusi SUNDSÖ di hadapan meja bulat di luar kafe pada waktu senja.
Lihat lebih banyak selimut & alas

Segala-galanya yang anda perlukan untuk kafe yang bergaya dan ceria

Mendapat inspirasi daripada apa yang anda lihat? Ini semua produk yang anda perlukan untuk mencipta kafe menarik yang akan membuatkan pelanggan anda berasa seperti di rumah, pada bila-bila masa bagi hari.

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami