Pusat terapi autisme
Sudut tempat anda bebas menjadi sesiapa sahaja
Biarkan pelajar anda berimaginasi secara bebas di sudut main peranan yang mudah ini. Hanya gantungkan cermin TOFTBYN dan letakkan sangga pakaian KROKIG dengan beberapa pakaian yang menarik di sebelahnya. Snow White, ahli bomba, anda ingin menjadi siapa?
Biarkan idea mengalir
Bilik mesyuarat yang menginspirasikan mampu menggalakkan aliran idea yang lebih baik. Kerusi LOBERGET/MALSKÄR kami bukan sahaja sedap mata memandang, malah roda keselamatannya mempunyai mekanisme brek peka tekanan yang memastikan kerusi tetap di tempatnya apabila anda berdiri, dan dilepaskan secara automatik apabila anda duduk.
Anjurkan majlis minum teh, bila-bila masa
Sediakan kawasan permainan untuk memasak dan makan untuk chef baharu yang sedang meningkat dengan dapur permainan DUKTIG. Kanopi katil LÖVA bukan hanya untuk bilik tidur, pasangkannya untuk menentukan kawasan dengan lebih baik dan untuk mewujudkan suasana yang damai.
Ruang kerja terbuka untuk guru-guru
Penggunaan meja yang dikongsi menggalakkan perbincangan dan kolaborasi. Warna-warna cerah semula jadi seperti warna kayu dan putih amat padan sekali untuk mewujudkan suasana yang merelakskan.
Seronok menyorok
Siapa yang tidak suka akan tempat persembunyian rahsia? Khemah kanak-kanak HÖVLIG menyediakan sudut terlindung untuk si kecil bersembunyi, berehat dan bermain. Ia mudah dipasang dan juga dilipat apabila tamat masa bermain.
Untuk sembang ringkas atau perbincangan panjang
Terapkan ciri-ciri alam semula jadi di sudut perbincangan yang nyaman ini dengan kerusi berlengan NILSOVE tenunan tangan daripada rotan dan buluh yang kukuh. Gunakan unit para-para KALLAX sebagai pembahagi bilik dan penyimpanan mudah untuk kedua-dua belah bilik.
Pantri yang selesa dan menjimatkan ruang
Pantri kecil? Tiada masalah. Dengan penyelesaian yang betul, anda boleh mewujudkankan ruang yang selesa dengan tempat duduk dan storan yang mencukupi untuk semua orang. Di sini, bangku bar NORDVIKEN ditambah pada kaunter dapur sebagai ruang tempat duduk tambahan.
Sudut yang kelihatan menyenangkan
Mulakan perbualan yang berbeza-beza di sudut ini. Gunakan ruang dinding untuk mempamerkan item kegemaran anda menggunakan belebas gambar MÅLERÅS dan bingkai gambar KNOPPÄNG. Tumbuhan tiruan FEJKA ialah cara yang bagus untuk menambahkan kehijauan pada bilik tanpa memerlukan tangan dingin.
Sesi bersemuka yang mudah
Satu set meja dan kerusi MELLTORP/ADDE ialah segala-galanya yang anda perlukan bagi mewujudkan ruang untuk sesi bersemuka. Bagi mewujudkan suasana yang lebih kasual, tambahkan kombinasi storan TROFAST dan letakkan beberapa kusyen untuk berfungsi sebagai tempat duduk bangku dan storan.
Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?
IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.