Langkau ke kandungan utama

Pusat tuisyen matematik dengan persamaan rekabentuk yang tepat

Mempelajari matematik mungkin kelihatan sukar dan ada masanya berasa berat. Pusat tuisyen ini, yang mengkhusus dalam matematik, ingin mengubah imej biasa pusat tuisyen kepada tempat pembelajaran yang menarik dan selesa. Dengan bantuan pasukan reka bentuk IKEA for Business, pusat itu ternyata menjadi ruang yang kondusif untuk pembelajaran dan menarik minat pelajar muda.

Keseimbangan gaya dan keselesaan

Tarik perhatian pelajar anda dengan gabungan kerusi LÅNGFJÄLL dalam warna yang berbeza-beza dan meja BEKANT untuk menjadikan ruang bilik darjah menarik lagi selesa.

Gaya yang anda boleh harapkan

Gabungkan sofa PÄRUP yang abadi serta bergaya dan kerusi berlengan EKERÖ bagi mewujudkan ruang bersantai/menunggu untuk pelajar dan ibu bapa. Sarung sofa mudah dibersihkan kerana ia boleh ditanggalkan dan boleh dibasuh mesin. Tambahkan kusyen duduk SANDARED untuk pilihan tempat duduk tambahan yang lebih menyeronokkan.

Tambah ergonomik ke dalam persamaan

Jangan lupa untuk mewujudkan keselesaan untuk guru juga. Kerusi MARKUS memberikan sokongan belakang tambahan dan kelegaan daripada sokongan lumbar terbina dalam. Roda keselamatan mempunyai mekanisme brek sensitif tekanan yang memastikan kerusi tidak beralih apabila anda berdiri, dan dilepaskan secara automatik apabila anda duduk, sesuai benar untuk pergerakan guru sepanjang hari.

Berehat sebentar

Bina pantri kecil untuk hidangan ringan dan storan kudapan untuk pelajar. Penyelesaian kabinet dapur METOD kami dan meja serta kerusi RÅVAROR/LIDÅS bergabung dengan baik bersama-sama bagi mewujudkan sudut yang selesa.

Perbanyakkan perbincangan

Ingatlah bahawa interaksi selepas kelas sama pentingnya seperti kelas itu sendiri. Meja TOMMARYD dan bangku YNGVAR menjadi sudut yang menarik untuk perbincangan dan kawasan santai yang nyaman untuk pelajar selepas kelas.

Selesaikan masalah keselerakan

Simpan dan susun semua alat tulis, buku dan peralatan secara tersembunyi di sebalik pintu kabinet TROTTEN untuk menikmati ruang yang kemas dan tersusun serta memudahkan anda bersedia untuk kelas anda seterusnya.

Menggandakan storan

Meja kopi/ sisi FRÖTORP juga berfungsi sebagai storan buku di bawahnya. Gabungkan meja dalam saiz yang berbeza-beza untuk menghasilkan bilik yang dinamik dan menikmati ruang meja yang lebih luas.

Bahagikan ruang

Letakkan unit para-para KALLAX di tepi tingkap kedai untuk memperagakan barangan dan buku anda supaya ia boleh dilihat dari dalam dan luar pusat tuisyen anda. Ia juga berfungsi sebagai skrin untuk sedikit privasi.

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami