Wujudkan suasana dengan lampu yang sesuai
Oleh sebab waktu siang menjadi semakin pendek, sekarang ialah masa yang sangat sesuai untuk mewujudkan suasana yang menarik dengan pencahayaan yang sesuai. Sama ada anda menggantungkan lampu pendan atau meletakkan lampu meja di tingkap, rumah anda akan kelihatan dan rasa lebih hangat dan lebih selesa dengan serta-merta.


Lampu untuk setiap majlis
Setiap bilik memerlukan kombinasi pencahayaan yang sesuai. Sebagai contoh, ada kalanya kita memerlukan lampu siling untuk kerja pembersihan. Ada kalanya pula kita memerlukan pencahayaan berarah daripada lampu kerja semasa kita membaca. Terdapat juga masa apabila kita memerlukan pencahayaan suasana yang diberikan oleh lampu pendan atau lampu meja untuk menjadikan bilik kelihatan dan rasa lebih selesa dan lebih hangat.
Lampu yang sesuai untuk membaca
Merancang untuk menghabiskan waktu petang bersantai di atas sofa dan membaca buku yang bagus? Pastikan bahawa anda ada lampu yang sesuai. Lampu berarah yang indah dan terang adalah paling baik untuk bekerja dan membaca kerana ia menyerupai cahaya siang dan membantu anda berasa lebih peka.
Bukan sahaja untuk meja
Tahukah anda bahawa meletakkan lampu meja di tingkap anda dapat menceriakan perasaan anda dan menghilangkan kegelapan musim luruh? Pilih mentol cahaya putih hangat untuk mewujudkan suasana selesa yang sangat sesuai untuk bermain teka silang kata atau tidur sekejap di atas sofa.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.