Wujudkan kesempatan bernafas hanya untuk anda
Senarai perkara yang mempengaruhi tidur kita adalah panjang dan kalau hendak dikatakan, ia boleh terasa menggentarkan. Daripada rasa tertekan dengan perkara yang patut dan tidak patut dilakukan, pertimbangkan beberapa keperluan. Anda inginkan tempat yang selesa untuk tidur di dalam bilik yang mempunyai cahaya dan bunyi yang sesuai bagi anda, suhu yang selesa dan udaranya segar. Berasaskan ini, keadaan pasti akan bertambah baik. Jadi, teruskan dan biarkan angin sepoi-sepoi bahasa masuk ke dalam dan juga bawa masuk tumbuh-tumbuhan hijau (atau jangan).


Cuba bantal yang tebal dengan sempurnanya
Pilih bantal tinggi jika anda tidur telentang atau mengiring, pilih bantal rendah jika anda tidur menangkup – yang pentingnya ialah kepala dan leher anda mendapat sokongan yang sesuai. Walau apa pun model yang anda suka, bantal LUNDTRAV adalah tebal dengan sempurnanya. Isian bulu pelepah/bulu kapas dan fabrik kapas adalah lut udara dan membenarkan peredaran udara, memastikan suhunya kekal sama.
Rasai keselesaan dengan tekstil
Tekstil merupakan kunci kepada tahap keselesaan yang sesuai di dalam bilik tidur. Bukan itu sahaja, ia memberi anda peluang menghias dan menghias semula seberapa kerap yang anda sukai tanpa perlu menggunakan berus cat. Dengan menggabungkan dan memadankan warna, corak dan tekstur, mudah sahaja untuk mewujudkan tempat ketenangan anda sendiri – dan mengubah seluruhnya pada bila-bila masa yang anda ingini.
Hari yang sangat baik untuk kekal di atas katil
Adakah anda seorang pembaca waktu tidur? Suka bersarapan di atas katil? Jenis orang yang ada kalanya memutuskan untuk bekerja di atas katil? Tanpa ragu-ragu, semua itu akan menjadi lebih selesa apabila anda duduk bersandar pada kepala katil upholsteri yang lembut dan menambah hanya sebilangan kusyen yang tertentu.
Manjakan jari-jari kaki anda dengan keselesaan buatan tangan
Ambal RESENSTAD tenunan rata yang tebal dan dibuat daripada bulu biri-biri menambah kehangatan pada setiap ruang. Ia dibuat dengan tangan oleh tukang-tukang yang mahir di India dan Bangladesh, bermakna tidak akan terdapat dua ambal yang serupa.