Langkau ke kandungan utama

Warna-warna baharu yang garang untuk musim ini

Cipta suasana yang peribadi dan optimistik pada musim ini menggunakan bahan dan kombinasi warna berlebih-lebihan dan tidak dijangka. Buat pembaharuan yang kecil tetapi ketara untuk menyegarkan rumah anda bagi bulan-bulan lebih suram yang akan datang.

Permukaan berwarna blok terang dengan pelbagai kelengkapan hidangan, mangkuk kandi dan kusyen bercorak terletak di atasnya.
Permukaan berwarna blok terang dengan pelbagai kelengkapan hidangan, mangkuk kandi dan kusyen bercorak terletak di atasnya.

Kusyen untuk menarik perhatian semua orang

Idea untuk membaharui penampilan rumah anda boleh berasa agak menakjubkan. Di manakah saya harus bermula? Salah satu petuanya ialah mula dengan membaharui sarung kusyen. Sama ada anda percaya atau tidak, beberapa bantal dengan cetakan ketara dan berwarna-warni dapat mengubah suasana dan ekspresi seluruh bilik. Ia juga merupakan cara yang berpatutan harganya untuk mencuba-cuba sesuatu trend sebelum menceburi sepenuhnya.

Bermimpi dengan warna

Terdapat pelbagai jenis peraturan apabila melibatkan penggabungan dan pemadanan corak dan warna. Untuk musim ini, kami kata: abaikan semuanya. Mula dengan bilik tidur dan gabungkan sarung duvet cetakan ketara dengan bantal berwarna pastel padu. Tidur dengan bergaya.

Sediakan meja dengan tompokan warna

Sebuah meja yang betul-betul sepadan adalah sesuatu yang relatif. Corak dan warna berlawan di meja makan anda merupakan cara yang hebat untuk menambah sentuhan dan suasana bersifat eklektik. Gunakan kelengkapan hidangan yang ada sebagai asas dan tambah perkakas menarik yang diwarisi daripada nenek dan yang dibeli dari pasar lambak setempat.

Anda tidak perlu menghias semula seluruh rumah anda untuk menghasilkan ekspresi yang baharu dan segar.

Mia Gustafsson, pereka hiasan dalaman IKEA

Inspirasi ada di sekeliling kita

Anda sudah membuat keputusan untuk membaharui rumah anda – tetapi bagaimana? Lihat di sekeliling anda. Dapatkan inspirasi untuk warna daripada gambar-gambar yang diambil semasa perjalanan terakhir anda. Grafiti pada dinding terowong bandar. Atau bawa kamera sambil bersiar-siar di alam semula jadi untuk mendapat sedikit idea kreatif.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Mia Gustafsson
Jurugambar: Johan Månsson
Penulis: Henrik Annemark