Langkau ke kandungan utama

Ubah ruang tamu menjadi suasana yang dramatik

Sertai kami sambil kami mengubah ruang daripada tempat yang digemari ulat buku pada siang hari menjadi latar ajaib yang hebat pada malam hari.

Ubah kelengkapan tradisional anda kepada ruang yang menyeramkan dengan membuatkannya kelihatan sedikit menakutkan.
Ubah kelengkapan tradisional anda kepada ruang yang menyeramkan dengan membuatkannya kelihatan sedikit menakutkan.

Mula dengan asas

Mulakan dengan ruang tamu yang biasa, perkayakan dengan palet warna yang menjadikannya mesra dan selesa, penuh dengan ton gelap dan bahan sentuhan. Pada siang hari, tempat ini sesuai untuk melakukan bacaan ringan, bersantai dan mengadakan perbualan panjang. Apabila matahari terbenam, ia berubah menjadi penuh misteri dan sarang yang menyeramkan.

Berikan perhatian pada perincian

Tibalah masanya untuk mengabaikan gambaran yang besar dan menggunakan perkara-perkara kecil untuk menghasilkan kesan dramatik anda. Anda dapat memberikan penampilan baharu dan menyeramkan dengan mudah kepada vas menggunakan penanda papan putih. Pastikan anda memilih vas yang mempunyai permukaan yang licin supaya anda dapat mengelap dakwatnya kemudian.

Sentuhan yang lembut

Jika anda rasa kesan dramatik vas anda terlalu “dramatik,” cuma tambahkan sedikit unsur romantis. Ia boleh merupakan sesuatu semudah bunga tiruan SMYCKA yang cantik ini yang memberikan sentuhan alam benda yang berseni – sesuai untuk tema tersebut.

Tambah sedikit misteri di sini…

Lampu LED yang selesa dengan cahaya yang hangat sudah pun menguatkan kesan dramatik reka bentuk kami. Tetapi jika anda mahu menambahkan lagi tanggapannya, balut lampu anda dengan fabrik yang sepadan dengan hiasan selebihnya untuk mewujudkan suasana yang menarik dan eksentrik. Tetapi berhati-hati – pastikan lampu anda tidak menjadi terlalu panas!

…dan sedikit misteri di sana

Akhir sekali, tambah sedikit sentuhan lain yang menggerunkan seperti tangan ais yang menyeramkan yang boleh dibuat dengan membekukan sarung tangan yang diisi dengan air. Dengan perkara-perkara kecil sebegini, tiba-tiba ruang tamu yang biasa bertukar menjadi latar yang dramatik untuk makan malam dengan tetamu istimewa – awas! mungkin ada pengunjung tak diundang.

Pada siang hari atau apabila pesta selesai, mudah sahaja untuk mengubahnya kembali kepada ruang tamu biasa anda.

Saša Antić, pereka hiasan dalaman IKEA

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Saša Antić
Jurugambar: Emma Engkvist
Penulis: Vi Cooper