Langkau ke kandungan utama

Ubah katil anda menjadi tempat keluarga bermalas-malas

Hujung tahun merupakan masa yang sangat sibuk untuk ramai orang. Ubah polanya dengan memanjakan diri anda bersantai seharian tanpa tekanan di atas katil untuk seluruh keluarga.

Katil yang sarat dengan kelengkapan tidur, kusyen dan alas, troli berisi snek dan minuman di sisinya, kelambu yang tersimpul tergantung di atas.
Katil yang sarat dengan kelengkapan tidur, kusyen dan alas, troli berisi snek dan minuman di sisinya, kelambu yang tersimpul tergantung di atas.

Mudah dicapai, mudah dimakan

Dengan hanya sedikit persediaan, tidak banyak lagi yang perlu dilakukan sebaik sahaja semua benda dan semua orang sudah bersedia. Biarkan kepala katil atau meja sisi katil anda berfungsi sebagai tempat letak jamuan ringan yang sangat mudah dicapai. Pilihan makanan dan minuman adalah terpulang kepada anda, tetapi memilih “kenikmatan yang menimbulkan rasa bersalah” jarang tersilap.

Hanya aktiviti yang perlahan dibenarkan

Minimumkan gangguan. Adakan pelbagai bacaan, mainan berpapan dan pilihan intensiti rendah berdekatan.

Sorong masuk bufet snek

Tidak melakukan apa-apa juga memerlukan sedikit nutrisi. Penuhkan dengan buah-buahan, snek dan minuman untuk menjadikan detik tersebut istimewa dan perut gembira.

Shh! Filem sudah hendak bermula!

Anda ada snek dan minuman, tempat duduk yang selesa dan penonton yang tidak akan ke mana-mana. Dengan kata lain, tiba masanya untuk menyediakan projektor, melaraskan bidai bergulung (yang berfungsi sebagai skrin sekarang) dan memulakan tayangan filem.

Kokun untuk musim yang sibuk

Penggunaan kelambu merupakan salah satu cara yang hebat untuk melindungi daripada pijat. Ia juga dapat mewujudkan suasana yang selesa dan mesra. Selubungi keluarga dalam ketenangan sebelum masa untuk bekerja semula – rehat secukupnya dan bersedia.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Saša Antić
Jurugambar: Henrik Pettersson
Penulis: Henrik Annemark