Tukar kerusi pejabat tambahan kepada sesuatu yang luar biasa
Kami mempunyai 3 cara menyeronokkan untuk menukar kerusi pusing kepada kerusi paling serba guna di rumah.


Layan tetamu seperti keluarga diraja
Tambah satu (atau tiga) kerusi pejabat di meja makan dan serta-merta anda mempunyai tempat duduk mencukupi untuk duduk berbual dengan rakan-rakan anda sepanjang petang. Tetamu anda lebih selesa dengan ruang kaki dan tempat sandar tambahan sehinggakan mereka meluangkan masa sehingga lewat malam.
Kedai gunting rambut mudah alih dengan sekelip mata
Tukar kerusi pusing menjadi stesen menggunting rambut mudah alih. Dengan permukaan mudah dilap bersih dan pilihan ketinggian tempat duduk boleh laras, ia sangat sesuai untuk stesen gunting rambut rumah – di mana-mana sahaja di rumah.
Kemuncak parti
Biarkan anak anda (dan kerusi) bergemerlapan dengan menambah hiasan perayaan pada kerusi pejabat biasa. Dengan pilihan kerusi boleh laras, anak anda boleh duduk lebih tinggi daripada orang lain di majlis hari jadinya. Tambah kusyen dan mahkota, anda serta-merta berjaya mencipta takhta ratu atau raja.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Linda Åhman
Jurugambar: Daniel Wester
Penulis: Vi Cooper