Langkau ke kandungan utama

Tiga petua penggalak parti

Perkara-perkara kecil yang memeriahkan parti – terutamanya apabila anda tidak ada banyak ruang sebagai permulaan. Lihat cara anda dapat menggabungkan fungsi dan keseronokan dengan petua-petua ini untuk membantu tetamu rasa dialu-alukan, mengalihkan pandangan dari skrin mereka, malah mencari padanan mereka.

Minuman, gelas dan aksesori dipamerkan di atas meja sisi. Pada dinding di atasnya terdapat papan penyepit SKÅDIS yang mempunyai buah lemon dan buah limau nipis.
Minuman, gelas dan aksesori dipamerkan di atas meja sisi. Pada dinding di atasnya terdapat papan penyepit SKÅDIS yang mempunyai buah lemon dan buah limau nipis.

1. Tempat letak jamuan ringan menegak

Permukaan serba guna sebagai permulaan, papan penyepit merupakan sekutu yang ideal untuk parti di ruang kecil. Mudah sahaja disesuaikan untuk tujuan-tujuan yang berbeza, ia memastikan barang-barang tidak menghalang laluan, dan peletakannya dapat menghasilkan pameran yang menarik perhatian apabila diperlukan. Contohnya, menyimpan aksesori bar di atas tempat letak minuman alu-aluan anda.

2. Penyelamat skrin

Untuk menggalakkan interaksi sosial (tanpa gangguan media), buatkan tetamu anda berpisah dengan skrin mereka pada malam tersebut. Untuk meminimumkan bantahan, kemudahan pengecasan berkemungkinan besar merupakan prasyarat penting.

3. Tukang risik

Selain menambah hiasan parti, biarkan papan penyepit anda berfungsi sebagai tempat yang mencetuskan hubungan manusia. Goda tetamu anda ke sana dengan minuman, kemudian biarkan mereka memilih orang yang akan duduk di sebelah mereka di meja – atau hanya teman perbualan – daripada pilihan yang terlekap pada dinding.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.