Langkau ke kandungan utama

Tiada lagi alasan untuk tidak membawa kotak makan tengah hari anda

Kotak makan tengah hari merupakan tabiat yang baik kerana banyak sebab. Tetapi bagaimanakah untuk melakukannya? Kami telah menyediakan senarai penyingkiran lima alasan paling biasa untuk tidak membawanya. Selamat menjamu selera!

Seorang wanita memakai apron berdiri di dapur, genggaman longgar dua belah tangan memegang balang kaca yang tinggi terisi penuh dengan salad berwarna-warni yang berlapis.
Seorang wanita memakai apron berdiri di dapur, genggaman longgar dua belah tangan memegang balang kaca yang tinggi terisi penuh dengan salad berwarna-warni yang berlapis.

1. “Ia tidak kelihatan enak”

Jadikannya menyelerakan. Ini sangat mudah sehinggakan nampaknya tidak perlu, tetapi ia betul-betul membuat perbezaan. Beberapa tangkai pokok herba yang segar membuatkan lebihan makanan dan juga hidangan beku lebih menyelerakan. Jika anda ada cukup untuk seluruh salad, tempatkannya di dalam bekas kecil di sisi.

2. “Ia mengambil terlalu banyak ruang”

Sediakan landas pelancaran makan tengah hari yang menjimatkan ruang. Tempat tetap untuk bekas makanan meminimumkan ruang yang diperlukan. Khaskan laci dapur dan gunakan penyusun penutup periuk untuk memastikan penutup dan bekas sentiasa sedia digunakan.

3. “Saya tidak ada masa”

Sediakan lebih awal (anda akan bersyukur kemudian). Gunakan sedikit masa hujung minggu anda untuk menjimatkan amat banyak masa hari kerja anda. Masak dalam jumlah yang besar dan bahagikannya, kemudian bekukannya. Dengan cara ini, anda tahu benda yang anda makan, menjadikan makan tengah hari anda lebih lestari dan mengurangkan kos. Untuk kepelbagaian, buat beberapa kelompok makanan yang berbeza, atau tukar hidangan anda dengan rakan yang juga membawa kotak makan tengah hari mereka.

4. “Terlalu banyak pengendalian dan pembasuhan yang perlu dilakukan”

Bekas atau balang kaca mungkin merupakan kotak makan tengah hari yang sempurna. Ia menyimpan semuanya daripada sup kepada salad, anda boleh makan terus daripadanya (kurang kerja membasuh). Anda boleh juga melapiskan makanan anda untuk menghasilkan pameran yang indah dan menyelerakan. Tidakkah menarik?

5. “Saya terlupa membawanya”

Aturkan sistem agar anda benar-benar membawanya bersama. Nampaknya mudah, tetapi terlupa beberapa kali membawa kotak makan tengah hari merisikokan tabiat ini hilang sama sekali. Sebaliknya, lekatkan nota di tepi pintu anda. Lebih baik lagi, beri diri anda inspirasi dengan “mengiklankan” hidangan yang anda sediakan (ataupun buat menu untuk seminggu yang akan datang).

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Kristina Pospelova
Jurugambar: Monika Lundholm
Penulis: Henrik Annemark