Tenangkan diri anda di dalam dan di luar
Musim panas sudah tiba, sekarang masanya untuk menenangkan diri anda. Sediakan ruang tamu anda untuk hari-hari yang panas dengan produk-produk yang nyaman. Dengan kerusi malas dan meja sisi, lampu dan langsir yang nyaman, anda boleh mewujudkan ruang tamu untuk hari-hari yang anda tidak dapat buat keputusan untuk berada di dalam atau di luar. Atau kedua-duanya.
Pamerkan gaya anda! Lampu lantai SKAFTET menyebarkan cahaya musim panas di tempat mencari ketenangan musim panas anda. Dengan menambah sistem pencahayaan TRÅDFRI pada mana-mana lampu kami, anda boleh mengubah suasana di dalam bilik dengan memalapkan dan menukar daripada cahaya hangat kepada sejuk dalam 3 langkah. Sungguh bergaya!
Tenangkan keluarga anda dengan waktu petang yang riang
Ubah ruang tamu anda menjadi tempat mencari ketenangan yang menyegarkan. Apabila nenek, anak-anak tiri dan menantu datang melawat, anda perlukan ruang. Dengan sofa lembut dan meja sisi pintar, anda dapat mewujudkan ruang tamu yang indah dan ceria.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.