Temu bual: manfaat hidup dikelilingi pokok
Kajian menunjukkan menanam dan pokok memberikan kesan positif kepada kita. Kami mahu tahu selanjutnya tentang topik ini, jadi kami menemu bual penyelidik Anna María Pálsdóttir.


Taman yang nyaman di dalam laut kehijauan
Hanya sebesar setompok di atas peta, Alnarp mempunyai koleksi bangunan yang berjarak jauh di negara perladangan terbuka di luar bandar MalmÖ di sebelah selatan Sweden. Di tengah-tengahnya ada sebuah istana kecil abad 19-an yang dipenuhi lapisan tebal wisteria – dipanggil hujan biru dalam bahasa Sweden – yang menukar seluruh sktruktur berwarna ungu lembut kebiruan pada musim bunga. Namun begitu, ini hanya sebahagian kecil daripada kawasan kehijauan taman yang mengelilinginya
Alnarp ialah salah satu hab SLU, Universiti Sains Pertanian Sweden. Kesannya, Alnarp ialah kediaman salah satu populasi pokok dan tumbihan paling banyak di Sweden. Pendek kata, kampung kecil ini digambarkan sebagai taman botani yang besar yang mempunyai tompok rumah di sana sini
Ini juga tempat kerja Anna María Pálsdóttir.
Terangkan bidang pekerjaan anda.
– Saya seorang penyelidik di SLU Alnarp yang mengkhusus dalam bidang psikologi alam sekitar. Saya dan rakan sekerja saya mengkaji interaksi antara manusia dengan persekitaran mereka. Contohnya, jenis kesan persekitaran semula jadi tertentu terhadap manusia dan aktiviti.
Sesuatu yang dipanggil Taman Pemulihan SLU Alnarp memainkan peranan yang besar dalam penyelidikan anda. Bagaimana?
– Taman Pemulihan ialah taman sebenar yang ditubuhkan pada tahun 2002. Ia tidak banyak berbeza berbanding taman rumah biasa tetapi ia mungkin lebih besar dan dipenuhi batas pokok, pagar pokok renek, hiasan dan rumah hijau. Namun begitu, reka bentuk taman ini dibuat berdasarkan teori kesan pemulihan semula jadi dalam psikologi alam sekitar. Di sini, kami menjalankan penyelidikan terhadap penjagaan dan pemulihan secara semula jadi. Pendek kata, kami mencari cara untuk memanfaatkan pokok dan menanam terhadap orang yang lemah secara mental.
Sifat menanam berbilang deria
Apakah kesan yang anda lihat daripada jenis pemulihan ini?
– Saya rasa menarik melihat cara pokok – saya bermakna semua daripada berada berdekatan dengannya, membesarkannya, bertanggungjawab menjaganya, menggunakan dan berkongsi hasil tanaman– boleh memberikan kesan yang positif kepada subjek kami.
Menjaga pokok memberi kesan kepada berbilang deria: Menyentuh tanah, biji benih dan pokok. Melihat, membau dan merasa perkembangan daripada biji benih sehingga pokok berbunga atau menghasilkan buah dan sayur yang boleh dimakan.
Walaupun menanam pokok boleh membantu daripada aspek pemulihan asas seperti kemahiran pokok, hampir semua kerja pengendalian pokok memberi kesan psikologi yang lebih mendalam.
Berbunga atau menjadi kompos – faedah menanam
– Proses menanam pokok sangat memaafkan. Mula-mula, semua orang boleh lakukannya mengikut rentak masing-masing. Jika anda tidak mencapai matlamat yang ditetapkan, masih ada rasa teruja dan tanggungjawab yang ada kaitan dengan penjagaan kehidupan entiti lain, dan melihatnya tumbuh dengan subur. Walaupun ia tidak mengikut kemahuan anda, dan pokok anda mati, ia boleh dijadikan kompos dan menjadi sumber kehidupan baharu. Seluruh proses ini memberikan perkembangan yang bagus melalui cuba jaya yang positif. Menanam ialah aktiviti yang sangat memuaskan hati.
Pada masa yang sama, kami cuba tekankan bahawa jenis penyelidikan ini mengikut takrifan adalah sesuatu yang sukar ditingkatkan untuk mencapai kepastian tahap saintifik yang diperlukan. Namun begitu, walaupun ia cuma penunjuk dan bukan bukti, hasil yang kita lihat sentiasa berpihak kepada aktiviti menanam.
Secebis alam sekitar di kediaman anda
Anda bekerja sebahagian besar dengan orang yang memerlukan pemulihan. Ada apa-apa yang boleh anda beritahu tentang kesan positif menanam secara umum?
– Daripada yang kami lihat – ya. Sudah pasti sangat positif. Penemuan kami mudah digunakan untuk menggalakkan menanam sebagai sesuatu yang menyeluruh.
Selain kecantikan sebenar pokok – kebanyakan daripadanya – ia sesuatu yang mudah dikongsi dengan orang lain. Biasanya daripada aspek hasil tanaman sayur-sayuran dan makan bersama tetapi pengalaman juga penting. Kita cenderung untuk berinteraksi dengan orang lain. Apabila bekerjasama dengan orang daripada pelbagai latar belakang, kami melihat ia menjadi alat komunikasi yang melangkaui sempadan bahasa – sehinggakan ia menjadi bahasanya tersendiri.
Dalam perspektif evolusi, pokok memang memberikan kesan yang menenangkan kepada kita. Alam semula jadi – berbanding wajah kota yang kita cipta dan kebanyakan kita tinggal di situ – ialah tempat spesis kita lahir, ia kediaman kita. Jadi, daripada aspek ini, pokok memberikan peringatan jelas tentang elemen semula jadi kita.
Perkara paling bagus dengan manfaat ini yang kami boleh lihat ada kaitan dengan pokok dan menanam, ialah ia memerlukan sedikit usaha sahaja. Hanya beberapa pokok mencukupi untuk melihat kesan yang dapat menenangkan manusia. Pokok palsu pun terbukti memberikan banyak kesan yang sama seperti pokok hidup. Kita boleh katakan ia sejenis plasebo kesejahteraan.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dcipta oleh
Penulis: Henrik Annemark