Langkau ke kandungan utama

Tambah sedikit musim panas pada rutin pagi anda

Dapatkan sedikit alam semula jadi walaupun hari anda belum bermula! Lihat betapa banyak yang boleh anda lakukan dengan hanya sedikit penyesuaian, dan nikmati rangsangan yang mengiringinya.

Penjuru balkoni dengan permukaan kayu yang ditinggikan dan di atasnya terdapat kusyen, linen katil dan dulang yang mengandungi sarapan ringkas.
Penjuru balkoni dengan permukaan kayu yang ditinggikan dan di atasnya terdapat kusyen, linen katil dan dulang yang mengandungi sarapan ringkas.

Beralih ke ruang bercahaya matahari untuk rutin pagi anda

Membasuh muka selepas bangun memang menyegarkan – tetapi kenapa tak menambah sedikit kesejahteraan padanya? Bawa kit pagi anda dan besen cuci sementara ke balkoni anda, dan ubahnya menjadi tabiat yang riang dan prihatin.

Biarkan tenaga tersebar

Tidak perlu tergesa-gesa untuk masuk ke dalam rumah. Manfaatkan cahaya matahari untuk melakukan senaman ringan dalam udara yang segar. Satu atau dua kusyen tempat duduk boleh juga berfungsi dengan sempurna sebagai tikar yoga.

Bersarapan di kawasan bercahaya matahari

Makan di balkoni yang bercahaya matahari, hidangan pagi yang paling ringkas – seperti teh dan oat semalaman – menjadi lebih menarik. Dihidangkan dalam dulang, anda akan menambah kestabilan dan juga rasa perkhidmatan bilik.

Pagi hari kerja, suasana percutian

Anda tentu saja tidak memerlukan balkoni untuk menikmati pagi musim panas anda. Tolakkan katil anda ke tepi tingkap (jika ia belum lagi terletak di situ), buka tingkap dan buat tugas pertama anda dalam sesuatu minggu di ambang tingkap yang disinari cahaya matahari. Cukup untuk memulakan apa jua hari dengan ceria.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.