Langkau ke kandungan utama

Tambah perasaan semula jadi dengan tumbuhan

Gunakan tumbuhan dan kehijauan untuk melembutkan garisan antara dalam dan luar. Lihat bagaimana anda boleh menukarkan rupa dan perasaan sesebuah ruang dengan lebih mengalu-alukan alam semula jadi.

Biru dan putih di tempat bawah cahaya matahari hanya di dalam tingkap gaya balkoni Perancis. Kerusi berlengan anyam di sebalik meja dulang balutan tumbuhan.
Biru dan putih di tempat bawah cahaya matahari hanya di dalam tingkap gaya balkoni Perancis. Kerusi berlengan anyam di sebalik meja dulang balutan tumbuhan.

Biarkan balkoni anda melangkah masuk ke dalam

Kawasan terdekat dengan tingkap anda atau balkoni Perancis boleh digunakan untuk menarik alam semula jadi ke dalam bilik. Perabot nipis seperti para-para benteng dan meja dulang di sini boleh dibuat hampir hilang, menyerlahkan tumbuhan dan mewujudkan suasana berangin.

Bentangkan permaidani hijau

Untuk membuatkan seperti benar-benar di luar bangunan tanpa kesilapan, rumput boleh digunakan. (Tidak perlu memotong rumput). Gabungkan tumbuhan hidup dan palsu – dan juga tekstil bertema – dan tidak lama lagi anda boleh mendapat tempat di bawah cahaya matahari di taman persendirian anda.

Air terjun tingkap bagi kehijauan

Jika anda rasa menanam tumbuhan dari lantai terlalu lama untuk tunggu, gunakan cara sebaliknya. Buat taman gantung anda sendiri menggunakan rod langsir (hanya pastikan tidak terlampau banyak) untuk dipasang dan digantung tumbuhan di hadapan tingkap.

Rod untuk langsir tumbuhan anda

Manfaat dengan mengatur tumbuhan anda seperti langsir ialah ia mudah dilaraskan untuk memanfaatkan penggunaan cahaya yang masuk. Atau hanya untuk memisahkan kehijauan untuk pemandangan tidak terganggu dari dalam.

Menggabungkan tumbuhan untuk membentuk keseluruhannya

Bina taman menegak menggunakan gabungan tumbuhan – objek tumbuhan sebenar, palsu dan hiasan. Bersama-sama ia boleh menghasilkan benteng kehijauan malahan di tempat cahaya tidak terlalu terang.

Untuk pekebun visual

Tidak bertangan dingin tetapi masih impikan oasis kehijauan? Gunakan bingkai kaca untuk memperagakan tumbuhan dan daun palsu. Tidak perlu disiram dan tidak perlu ditanam – hanya penjuru yang menenangkan seperti zen.

Kami suka melihat pelanggan kami menggunakan produk kami secara kreatif. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dihasilkan oleh
Pereka hias dalaman: Chiara Effroi Lutteri
Jurugambar: Mårten Linton
Penulis: Henrik Annemark